Dejavu di Kinabalu (Slot Akasia TV3)


Dejavu di Kinabalu sebuah drama yang akan menggantikan drama Seindah Sakura yang sudah pun melabuhkan tirainya pada 14hb jun (semalam).

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd, akan mula bersiaran pada 18hb Jun ini. Barisan pelakon yang akan menerajui drama 28 Episod ini ialah Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma), Fadhilah Mansor (Suria), Aida Khaleeda (Fazeera), Dato’ Aziz Singah (Khairudin), Dian P. Ramlee (Norseha) dan Khaty Azean (Marisa).

Sinopsis Dejavu di Kinabalu (Slot Akasia TV3)

DEJAVU DI KINABALU, Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa

Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya. Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya.

Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia.

Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah?

Video Promo Dejavu Di Kinabalu





Lagu tema drama Dejavu di Kinabalu

Lagu Tema Dejavu Di Kinabalu iaitu Butterfly nyanyian Melly Goeslaw dan Andhika Pratama.







No comments:

Post a Comment