Drama Ameera episod 24 & 25 (akhir)


"demi zuriat sebuah perjanjian termeterai"
Drama Ameera (Slot Samarinda TV3)
Note: Sekadar update sinopsis atau intisari drama bagi setiap episod sebagai gambaran kasar apa yang bakal berlaku di setiap episod. Update akan dibuat setiap minggu bagi setiap episod yang bakal bersiaran.

Watak dalam Drama Ameera : Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Faizal Hussein (Jai), Hairi Safwan anak wayang (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Aman Shah dan Sabrina Ali (Rozi).



Sinopsis Ameera Episod 24 & 25 (Akhir)

Episod 24 (17hb Julai 2012)
Ameer berusaha untuk menyediakan wang RM Lima Juta untuk menyelamatkan satu-satu zuriatnya dari tangan Farouk.

Episod 25 (18hb Julai 2012)
Ameera yakin pihak polis lebih cekap menyelesaikan masalah itu. Ameera turut mengekori Ameer ke tempat yang dijanjikan polis dengan harapan polis akan tiba tepat pada waktunnya.


Sinopsis Ameera Episod 21, 22 & 23

Episod 21 (10hb Julai 2012)
Ameer dengan Ameera bingung. Puan Suraya akhirnya mendapat tahu anak itu dilarikan oleh Zila. Ameer terpaksa memberitahu Puan Suraya. Apabila rahsia terbongkar Puan Suraya mengamuk kerana ditipu oleh Ameer dan Ameera.

Episod 22 (11hb Julai 2012)
Puan Suraya mengingatkan Ameer yang Zila juga isterinya. Menyedari Puan Suraya memberi sokongan kepadanya, Zila mula merasa dia ada harapan untuk menjadi isteri Ameer selama-lamanya. Namun Ameera berusaha menghalang Zila mendekati Ameer. .

Episod 23 (12hb Julai 2012)
Zila pula bertindak mencederakan Ameera yang dianggap menjadi penghalang kebahagiaannya dengan Ameer. Ameer menganggap Zila sudah gila.Secara tak sengaja Ameer menampar Zila.Zila keluar rumah membawa anaknya.

Sinopsis Ameera Episod 18, 19 & 20

Episod 18 (3hb Julai 2012)
Perasaan cemburu Zilla terhadap Ameera juga semakin memuncak. Sebolehnya dia menghalang Ameer bermesra dengan Ameera. Ameer perasan kerenah Zila kerana perasaan cemburu.

Episod 19 (4hb Julai 2012)
Ameer memberi wang tambahan kepada Zila. Zila terharu dengan kebaikan Ameer dan tidak sampai hati untuk meneruskan niatnya.

Episod 20 (5hb Julai 2012)
Hanya dua minggu selepas bersalin, Zila pulang ke kampung untuk menziarahi pusara ibu bapanya

Sinopsis Ameera di Slot Samarinda TV3

AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.

Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

No comments:

Post a Comment