Drama Miss Octopos episod 3


Tajuk Drama : Miss Octopos
Waktu Siaran :  Pukul 9 malam (Bermula 24/6/2012)
Jumlah Episod : 13 Episod
PelakonRozita Che Wan, Nabila Daly, Fahrin Ahmad, Nas T, Talha Harith, Dottie, Faralyna Idris, Sophie Hana, Usop Wilcha, Rizz Amin dan Maimon Mutalib.
Lagu Tema : Katakan Kenapa- Daus AF8
Sinopsis : Lihat di bawah

Note: Sekadar update sinopsis atau intisari drama bagi setiap episod sebagai gambaran kasar apa yang bakal berlaku di setiap episod. Update akan dibuat setiap minggu bagi setiap episod yang bakal bersiaran.





Sinopsis Episod 3 Miss Octopos

(15hb Julai 2012) - Kecederaan yang di terima kerana perbuatan Asmira menyebabkan Oktober semakin ‘terpandang’ si Asmira, dan mula cari kesilapan Asmira. Bosan dengan layanan yang di terima, Asmira mengelarkan Oktober sebagai Miss Oktopus…


Sinopsis Episod 2 Miss Octopos

(8hb Julai 2012) - Kitty mengajak Asmira tinggal bersamanya, sebagai kawan dan juga ‘bodyguard’ dari gangguan geng Suzy. Asmira yang memang ada masalah cari tempat tinggal, menerima pelawaan Kitty tu…

Sinopsis Drama Miss Octopus

Miss Octopus menceritakan permusuhan di antara Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar. Kisah bermula apabila Cik Oktober, seorang wanita berumur lingkungan 35 tahun yang juga pensyarah Asmira, sering kali mencari kesalahannya sehinggakan gadis itu hilang sabar dan menggelarkan Oktober sebagai Miss Octopus.

Persengketaan mereka menjadi semakin kelam kabut apabila seorang pensyarah tampan, Dr Shah Reza mula mengajar di fakulti mereka. Cik Oktober yang sebelum ini terkenal dengan sikap panas baran dan tidak percayakan cinta hanya kerana takut untuk melahirkan bayi, mula berubah setelah jatuh hati pada Dr Shah Reza. Sikap Cik Oktober kini tidak ubah seperti perigi mencari timba. Malahan, penampilan dan perangainya juga berubah secara mendadak sehingga kelihatan seperti seorang perempuan yang gedik. Bahkan, setiap peluang yang ada digunakan Cik Oktober untuk berkepit dengan Dr Shah Reza sehinggakan beliau sanggup memasak dan menyediakan bekalan sematamata untuk diberikan kepada jejaka pujaan hatinya.

Namun begitu, Dr Shah Reza yang sememangnya sedar akan minat Cik Oktober terhadap dirinya, tidak begitu selesa dengan sikapnya. Dia sering melarikan diri bagi mengelak bertemu dengan Cik Oktober. Hakikatnya, Dr Shah Reza lebih tertarik dengan Asmira yang tidak kecoh dan serius dalam pelajaran. Baginya wajah Asmira seakan-akan seseorang yang pernah dikenalinya dulu.

Malangnya, Cik Oktober mula perasan akan kemesraan di antara Dr Shah Reza dan Asmira. Ini membuatkan perasaan benci dalam diri Cik Oktober terhadap Asmira semakin membuak-buak. Apabila Asmira diundang untuk makan malam bersama Dr Shah Reza, tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju menerima pelawaan itu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Asmira juga menyimpan perasaan terhadap Dr Shah Reza atau dia sengaja ingin menyakitkan hati Cik Oktober?

1 comment:

  1. suka....suka rozita che wan....cantik dan matang

    ReplyDelete