Drama Naziha Episod 8 ( 3 Ogos 2012)


nm
Untuk mengetahui sinopsis dan juga lagu tema bagi drama ini boleh ke entry "Drama Naziha di Slot Zehra TV3"


Note: Sekadar update sinopsis atau intisari drama bagi setiap episod sebagai gambaran kasar apa yang bakal berlaku di setiap episod. Update akan dibuat setiap minggu bagi setiap episod yang bakal bersiaran.

Episod 10 (17 Ogos 2012)

Perubahan Akmal ke arah kebaikan mendorong Rafidah bertanya kepada Akmal terus terang, adakah Akmal dilamun cinta. Akmal cakap iya, dan Adam telah berjaya membawanya kembali ke pangkal jalan.

Episod  8 ( 3 Ogos 2012)


Nasihat Latifah terhadap Adam menyedarkan Adam kembali tetapi dia tidak terus berhenti keluar dengan Akmal. Dia malah semakin rapat mendampingi Akmal dengan tujuan untuk bimbing Akmal seperti yang diharapkan oleh Rafidah.

Episod 7 ( 27hb Julai 2012)


Usaha merawat Naziha bukan senang. Ilmu hitam yang dikenakan oleh Farouk terhadap Naziha amat kuat. Walaubagaimana pun Naziha sembuh selama dua minggu di Johor Bahru. Setelah Naziha pulih, mereka semua pulang semula ke Kampung Congkak. Ketika itu Naziha mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah Kolej Kejututeraan. Naziha teruja dan nak pergi menyambung pelajaran tetapi Farouk tak bagi. Mulai saat itu mereka selalu bergaduh kerana Naziha berkeras nak sambung belajar. Farouk geram dan marah dengan kedegilan Naziha, dia mula mendera Naziha secara fizikal. Perkara itu disedari oleh Razlan, kawan sekutu Farouk yang kini dah berubah selepas dia kemalangan motosikal. Dia simpati dan cuba bantu Naziha. Dia pernah terserempak dengan Farouk yang cuba belasah Naziha. Dia ambil gambar dan beritahu Nordin mengenai perkara itu.

Episod 6 ( 20hb Julai 2012)


Fauziah dan Cikgu Nordin mengetahui bahawa Naziha masih belum berbaik sepenuhnya dengan Farouk. Farouk yang pandai bermuka-muka meyakinkan mereka yang dia akan bersabar dengan kerenah Nazila.






Episod 5 ( 13hb Julai 2012)

Kehidupan Adam dan Latifah di rumah Dato' Halim agak tidak selesa kerana Adam kurang senang dengan gelagat Akmal sejak di kolej lagi. Akmal cakap dengan Adam, dia ada kehidupan sendiri dan tak suka Adam ambil tahu dengan kehidupannya.

Episod 4 ( 6hb Julai 2012)


Farouk nampak Latifah dan Adam meninggalkan kampung. Dia datang jumpa Naziha dan bertanya pada Naziha kemana Adam dan Makcik Latifah pergi. Waktu itulah Naziha dapat tahu bahawa Adam dan Makcik Latifah dah tinggalkan kampung Congkak. Fauziah kecewa dengan apa yang berlaku. Ketika itu Farouk menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha.

Disebabkan semua persiapan untuk majlis perkahwinan Naziha sudah dibuat dan perkahwinan takkan berlaku tanpa pengatin lelaki, Fauziah setuju. Naziha terkejut dan menangis tapi Naziha tidak mampu untuk membantah permintaan ibubapanya. Naziha juga kesian melihat ibu dan bapanya yang sangat malu kerana perbuatan Latifah. 

Pada masa yang sama, Naziha juga kecewa dengan Adam kerana sanggup tinggalkan dia selepas apa yang jadi. Farouk kini dianggap sebagai hero yang menjadi penyelamat. Naziha dan Farouk berkahwin dalam majlis yang meriah.


Episod 3 ( 29hb Jun 2012)


Syarat yang dikenakan oleh Farouk supaya Latifah dan Adam tinggalkan kampung tiga hari sebelum majlis akad nikah amat menekan Latifah dan Adam. Hampir setiap hari Farouk ganggu Adam. Dia cakap dengan Adam yang dia takkan halang Adam jumpa Naziha dengan alasan tak lama lagi pasangan bercinta itu akan berpisah tetapi dia akan menjadi bayang-bayang Adam, kemana Adam pergi Farouk akan ikut termasuk ketika Adam berjumpa dengan naziha dia akan pantau dari jauh. Jangan cuba nak buat tak tentu kerana dia akan bertindak lebih ganas.

Farouk bukan saja ganggu Adam sebaliknya dia turut menekan Latifah. Dia minta Latifah berlagak seperti biasa, buat persiapan seolah-olah perkahwinan antara Adam dan Naziha akan berlaku nanti. Jangan mungkir janji kerana jika dia dapat tahu latifah khianati perjanjian mereka, dia akan bocorkan ‘rahsia tangkap khalwat’ kepada semua penduduk pekan dan kampung. Dia akan pastikan keluarga Latifah dan Naziha bermusuh sanpai mati.

Episod 2 ( 22hb Jun 2012)


Keputusan SPM keluar, Naziha dan Adam sama-sama mendapat keputusan cemerlang. Sewaktu sibuk meraikan bersama beberapa orang kawannya, Farouk muncul dengan satu jambangan istimewa untuk Naziha. Ketika Farouk bagi jambangan bunga itu Naziha keberatan untuk terima. Farouk rasa tercabar kerana ketika itu kawan-kawannya dan Vina ada bersama. Dia mendesak Naziha terus mengambilnya tapi Naziha tetap tidak sudi sehingga Farouk berkerasdan tercetus sedikit kekecohan.

Adam datang untuk meleraikan suasana sehingga menyebabkan berlaku kekerasan antara mereka. Farouk yang kononnya berani, pandai bertumbuk dan gagah, telah berjaya ditewaskan oleh Adam yang disangkakan ‘lembik’ oleh Farouk. Naziha pula telah menghina Farouk dengan mengatakan Farouk memang tidak layak untuk jadi kekasihnya apatah lagi suaminya.

Episod 1 ( 15hb Jun 2012)


Naziha mendapat banyak hadiah sempena harijadinya yang ke 17. Dia memang sentiasa mendapat perhatian pemuda kerana wajahnya yang cantik. Antara pemuda yang tergila-gilakan Naziha ialah Farouk, anak seorang pengusaha bas pelancong yang kaya.

Hadiah yang diterima oleh Naziha berbagai rupa tetapi semua itu tidak dapat mengembirakannya. Dia merasa pemberian hadian itu sebagai satu bebanan. Dia tidak rasa mereka yang memberi hadiah kepadanya itu ikhlas menyayanginya sebaliknya lebih kepada memuja kecantikannya. Baginya ia satu beban.

Hadiah yang paling disukai ialah pemberian Adam, iaitu sekeping coklat susu dengan sebuah tafsir Al-Quran. Dia merasakan Adam telah memberikan hadiah untuk jasad dan jiwanya. Coklat sedap dimakan. Tafsir Al-Quran memberikan dia ketenangan jiwa. Bagi Naziha tidak ada pemuda lain yang dapat memahaminya sebaik-baik mungkin selain dari Adam. Mereka berkawan sejak kecil, bersahabat dan kemudian bercinta.

1 comment: