Hukum pilihanraya dalam musim haji,


Desas- desus Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) dilaksanakan sewaktu musim haji? Gimik , Propa , khabar angin, ramalan atau .... ?

Sejak dua menjak ni macam-macam soh seh soh seh tentang tarikh jangkaan PRU13 akan di adakan. Jangkaan yang mengatakan pilihanraya akan dibuat pada jun/julai dah tak relevan lagi. Timbul pulak isu tentang pilihanraya umum yang di gosipkan akan dibuat dalam musim haji nanti.

Bila ada yang sebarkan desas-desus sedemikian maka ramai la yang mejadi prihatin mencari jawapan kepada persoalan " Jika pilihanraya dilaksanakan sewaktu musim haji, adakah ia dibenarkan di dalam Islam?"

Tolak ketepi sama ada desas-desus yang menyatakan pilihanraya umum ke- 13 nanti akan di buat dalam musim haji sekadar gimik politik atau khabar yang tidak berasas, sebagai seorang muslim mesti kita juga ingin tahu hujah berkaitan hukum melaksanakan pilihanraya sewaktu musim haji bukan?

Apakah hukum pilihanraya dilaksanakan sewaktu musim haji... adakah dibenarkan , di haruskan atau sebaliknya ?

Secara ringkasnya :

"Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK SAMA SEKALI WAJAR dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu jemaah haji dan petugas haji sedang berada di luar Negara. Lalu terhalang dari menunaikan hak dan kewajiban mengundi atau menjadi calon."


Untuk mengetahui hujah kenapa ianya TIDAK SAMA SEKALI WAJAR DILAKSANAKAN korang boleh dapatkan jawapannya di artikel "PILIHANRAYA MUSIM HAJI : SEBUAH PANDUAN HUKUM" oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman @ www.zaharuddin.net. ( Hasil perbincangan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) )


5 comments:

  1. kalau tak silap saya ada terbaca tentang jawapan PM bila ditanya tentang nak jugak buat ke masa musim haji..kalau betul itu jawapan dia memang menyedihkan jawapan yg macam tu keluar dari mulut seorang pemimpin yang beragama islam.. haihh..

    ReplyDelete
  2. pelikla nak buat pru time musim haji...mcm ada sebab lain je heee

    ReplyDelete