Logo Halal yang mana satu betul?


Perhati gambar logo halal di sebelah secara sekali imbas...

Dapat tak korang bezakan yang mana satu kah Logo Halal yang betul, yang di iktiraf oleh JAKIM?

Jika diperhatikan ketiga-tiga logo halal di sebelah nampak macam sama tapi nampak jelas perbezaannya jika betul-betul di amati.

Jika diletakkan secara berdekatan sebegitu kita boleh bandingkan yang mana satu betul dan yang mana satu klon. Tapi bagaimana pula sewaktu kita membeli-belah, agak-agak boleh ke kita cam logo halal yang original?

Hehehe kalau yang klon tak berapa nak sama tu mudah la kan, tapi kalau yang jenis klon sebijik tu, haru jugak dibuatnya. Tul tak?

Okey la pada yang masih keliru lagi yang mana satu Logo Halal Malaysia yang sebenarnya boleh rujuk gambar di bawah:




Kat bawah ni pula Logo Halal Lama dan juga Logo Halal Negeri (LOGO HALAL NEGERI SEBELUM DISELARASKAN PADA TAHUN 2008.. TERDAPAT KOD NEGERI PENGELUAR SIJIL ~ H-10 / H-02/ H-08 DSBNYA...) yang mana ketiga-tiganya sudah tidak boleh di guna pakai lagi .


Yang ni pula logo halal swasta yang tidak di dibenarkan oleh JAKIM



Untuk mengetahui LOGO HALAL ANTARABANGSA yang di iktiraf oleh JAKIM boleh lihat disini

Sumber : Sahabat Halal Jakim

6 comments:

  1. susah jugak skang ni..kdg2 yg ada logo halal cam piza,kfc,mc d pun org ada pertikaikan...

    lg satu pasal telor...telor x basuh jatuh haram..tp kalau mkn kedai camna nak tau basuh ke x huhu....

    ReplyDelete
  2. memang susah la.... jakim ptt kene pantau hal ni

    ReplyDelete
  3. mas, sebab tu ada kedai makan aku pegi diorang letak signboard besar2.. telor dibasuh..hehehe..

    logo halal ni memang confusing kan..kena ambik masa nak belek..kalau terus terkam je memang boleh silap..

    ReplyDelete
  4. memang konpius betul nak bezakan yg mana satu

    ReplyDelete
  5. konfius plak nak bezakan ketiga2 tue...

    ReplyDelete
  6. uhuhu!!!mmg sgt menegeliruknkn?semua pn nampak sama :(

    ReplyDelete