Semakin kaya selepas mati....


Ada tak agaknya orang yang langsung tak nak harta dan kekayaan?

Ada kot, cuma bilangannya sedikit jika nak berbanding dengan manusia yang ingin hidup kaya dan berharta. Korang?

Bestkan kalau dapat jadi kaya raya, selain harta dunia, saham akhirat pun kita boleh kumpul juga dengan 
  • banyak bersedekah
  • Bina masjid, bina surau tak pun hulur dana untuk bina sekolah
  • Taja anak-anak orang miskin yang ada potensi sambung belajar sampai ke peringkat yang tertinggi
  • Boleh pergi haji dengan mudah, pergi umrah banyak kali
  • bayar zakat
  • taja buat kuliyah agama panggil Ustaz azhar Idrus ke Ustaz Don Daniyal ke atau mana-mana Ustaz sekalipun

Bagaiman Cara nak kaya selepas mati?


Zaman sekarang ni orang kaya hidup makin kaya raya dan orang yang tak berapa nak berduit cam kita ni hidup makin tersepit dengan segala jenis hutang, hutang kereta, hutang belajar, dan harga barang pun makin lama makin menaik.


Malah orang yang dah sedia kaya lepas mati pun dia makin kaya raya. Malah ada juga yang sebelum mati duitnya tak da la banyak mana, tapi kerana sesuatu karya selepas kematiannya makin banyak royalti  yang di perolehi.  Contoh kalau kat Malaysia ni Allahyarham P.Ramlee dan Allayarham Sudirman. Tapi biasa la mesti ada "cerita kurang enak" di sebalik kisah royalti tu kan.

Kalau kat Hollywood pulak Antara selebriti yang mendapat royalti tertinggi selepas mati korang boleh tengok kat gambar rajah di bawah ni:

(klik untuk lebih kejelasan)

tapi apa la gunanya manjadi semakin kaya selepas matikan. Bukan boleh dapat kat orang yang mati tu pun semua kekayaan tu, lain la kalau duit tu disalur ke badan-badan kebajikan atau digunakan untuk membina masjid , bagi yang beragama islam memang ada untungnya menjadi kaya selepas mati tul tak?

Tapi kita yang tak berapa nak kaya ni pun masih boleh jadi semakin kaya dengan pahala selepas kematian kita . Nak tahu caranya?


Dari Anas r.a berkata,

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang mambacanya.

4. Orang yang menggali perigi ,selagi ada orang yang menggunakannya

5. Sesiapa yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya tidak kira manusia atau haiwan

6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan amendapat pahala selagi anak itu mengamalkannya

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristigfar baginya. .






Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w bersabda - "Apabila mati seorang anak
Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:-

1. Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah)

2. Ilmu yang berguna dan terus diamalkan

3. Anak yang soleh yang mendoakan baginya



6 comments:

  1. miskin tu dugaan..kaya pun dugaan jugak heeee..tp tipula kalau org biasa mcm sy ni x nak kaya heeeee...=p

    ReplyDelete
  2. banyakkan bersedekah dan mewakafkan sesuatu jg bagus sbb selagi org guna barang yg kite wakafkan selagi tu la pahala kite berterusan insyaAllah..:)

    ReplyDelete
  3. taknak kaya sangat dan taknak miskin sangat hihihi suka hidup sederhana dan tenang ^_^

    ReplyDelete
  4. ana,
    orang kita taknak kaya..takut kaya tak masuk syurga..hehe..

    ReplyDelete
  5. masa hidup pun tak nak kaya..apa lagi masa mati..hehehe..

    ReplyDelete
  6. hadith sahih (kalau saya silap, sila betulkan) yg saya baca/dengar...mengatakan org kaya lambat masuk ke syurga sebab di scrutinize betul betul sumber kekayaannya..dari mana dia dapat, dan ke mana dia gunakan....Tapi ini bukan alasan utk kita utk tidak jadi kaya..

    ReplyDelete