Social network terbaik ialah... ?


Antara facebook, twitter, google+ atau social network yang lain, mana satu terbaik?

Yang mana satu lebih dapat mengeratkan silaturrahim, lebih praktikal dan lebih segalanya?

Tak dinafikan zaman sekarang ni berhubung melalui social network memang memudahkan dan setiap berita atau perkembangan tidak kira sesama adik beradik , saudara mara, kawan hatta musuh sekalipun dengan mudah dan cepat dapat diketahui. Ada masanya duduk serumah tapi tahu perkembangan sekian-sekian hal di facebook juga.

Seolah-olah zaman sekarang ni manusia lebih memilih untuk berinteraksi di alam maya dari pada duduk berbual dan bersembang di alam nyata. Tolak ketepi bagi yang mana jarak tempat tinggal jauh dan susah untuk bersua secara face to face, tapi bagi yang duduk dalam satu kawasan , mudah nak ke sana sini perlu ke nak bersembang kat facebook atau lain-lain social network juga?

Tidakkah lebih baik bersua muka , bersembang sambil minum petang ?




Lebih baik kurangkan berinteraksi di alam maya dan lebihkan interaksi di alam nyata terutama bagi yang hidup berkeluarga. Lebih banyak kebaikan berinteraksi secara face to face dari asyik mengadap screen laptop atau smartphone. Hadkan penggunaan laman social hanya untuk mengetahui perkembangan semasa dan berinteraksi dengan mereka-mereka yang berada jauh jaraknya dan susah untuk berjumpa sahaja.

Anak-anak kecil belajar dari apa yang mereka lihat, jika sekarang budayanya ramai orang disekelilingnya lebih utamakan interaksi menggunakan laman social dari duduk bersembang secara face to face, tak mustahil bila anak-anak kita besar nanti, kita susah nak dengar suara anak kita , apa-apa perkembangan di update di facebook /twitter (kalau wujud lagi la kan tah tah 20 tahun lagi makin advance).

3 comments:

  1. kena disiplin..duduk kat meja makan tak boleh guna henset..mak bapak tunjuk contoh yg baik.. lagi bagus kalau makan makanan yang dimasak sendiri dari makan kat kedai..

    ReplyDelete
  2. Apabila bercuti.atau di meja makan, segala macam gadjet adalah di haramkan. Kerana time itulah pentingnya utk ikatan kekeluargaan..face to face..

    ReplyDelete
  3. alam maya ni ada pro n contra ^_^ pepun gunakan pada landasan yang betul ^_^

    ReplyDelete