(TELCO) : Talian Pelan Prabayar mana yang lagi best?


Ada ke yang keliru untuk membuat pilihan antara pelan prabayar yang ada di pasaran sekarang ni?

Ya la sekarang ni macam-macam pelan prabayar yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi. Bukan sekarang je, masa mula-mula pakai telefon mudah alih 10 tahun yang dulu pun pening juga nak pakai nombor 019 , 013 atau yang lainnya.

Dulu yang agak meluas liputannya celcom la, maxis pun okey tapi ikut tempat jugak, digi time tu  bandar besar sesuai la pakai kalau balik kampung ada handphone jadi botol air je.

Teringat masa awal-awal pakai handphone 10 tahun dulu, bila balik kampung je, handphone duk statik kat satu ceruk di ruang tamu rumah. Nak call kena pakai earphone, gara-gara handphone tak boleh nak bergerak sangat sebab line tak clear mana. Kalau nak berSMS pulak nak kena taip dulu masej then letak balik kat ceruk tu tunggu line ada baru tekan butang send. Seksa gila!



Tu dulu la, sekarang ni mudah dah, mana-mana boleh nampak pencawang telefon. Untungnya jadi tuan tanah tapak pencawang tu di letak, berapa la diaorang dapat untuk tapak pencawang tu ya?

Pilihan Pra Bayar mana yang lebih bagus?

Bergantung pada keperluan individu jugak kot, pelan mana yang sesuai dengan keadaan dan keperluan masing-masing. Cam saya dari dulu sampai sekarang setia dengan Celcom. Dah tak reti nak try pra bayar syarikat telco yang lain.

Korang pulak?



4 comments:

  1. saya sejak dulu lagi, masa tu TM Touch..sekarang nama nya Celcom :)

    ReplyDelete
  2. member saya ramai guna maxis yang hot ticket tu.. macam best katanya..tapi saya pun tak pasti.. sbb saya sendiri tak penah beza dgn telco lain..bg saya setiap telco ada pro dan cons.. tengok model yg mana suits dengan need kita..sbb ada yg bagi banyak benefit utk org yg suka sms..ada yg utk org yg suka cakap..

    tapi kalau yg memang suka telepon tu lebih baik guna post paid..lebih jimat..lagi2 kalau pakai line gabungan dgn family..

    ReplyDelete
  3. amie dn husbnd setia dgn digi. memang puas hati sbb kat kg ada line je. dh cuba yg lain, cuma digi je yg ok dgn bajet dn kegunaan kitorang. pencawang? mak amie prnah dpt offer dr celcom/tm. sebulan lbih kurang 10k tp mak x amik sbb pakcik tanak.

    ReplyDelete
  4. baru ingat nk tuko ke tune talk. cancel la.

    ReplyDelete