10 Tips sewaktu di bazar Ramadan


Salam Ramadhan...

Bagaimana dengan ramadan korang tahun ni?

Pada yang berazam untuk mengurangkan kunjungan ke bazaar ramadhan , tercapai ke ? atau sekalipun pergi berjaya ke misi untuk mengawal nafsu berbelanja?

Setakat hari ni saya masih belum jejakkan kaki ke mana-mana bazaar lagi. Insyaallah sebolehnya memang nak masak sendiri juadah berbuka.  Kononnya la kan kalau dah "big boss" ajak pergi juga atas alasan nak wife dia rehat... tak perlu masak, boleh tolak ke ajakkan tu ? hihi (^_^)

Okey la, berbalik pada tajuk entry, kali ni just nak share tips umum sewaktu di bazaar ramadhan. Sebenarnya bukan pandai pun nak share tips-tips ni semua. Apa yang disenaraikan dibawah ni pun hanyalah sekadar ingatan untuk diri sendiri khususnya.

p/s: Jika korang rasa ianya bermanfaat, Alhamdulillah dan jika korang ada tips yang ingin ditambah dipersilakan tambah...

Tips ketika di Bazaar Ramadhan
  1. Berdoa dengan membaca doa masuk pasar (rujuk entry ' Doa masuk bazaar Ramadhan ') atau paling tidak pun kita memohon pada Allah S.W.T agar kita mampu kawal diri dari membeli mengikut hawa nafsu. 
  2. Cuba untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T di bawah hiruk-pikuk kebisingan dan kesesakan manusia dengan berzikir di dalam hati. 
  3. Elakkan dari menyentuh orang yang bukan mahram. 
  4. Berhati-hati sewaktu berjalan dan sentiasa berwaspada supaya tidak melanggar sesiapa terutama yang bukan mahram.
  5. Jaga percakapan, penglihatan, pendengaran, pergaulan dan tingkah laku .
  6. Segera mengalihkan pandangan apabila terlihat aurat di bazar Ramadan. Sememangnnya pandangan pertama itu rezeki dan pandangan kedua adalah nafsu, seeloknya sentiasa cuba tundukkan pandangan (jika mampu)
  7. (Khusus buat wanita) Jaga bahagian tubuh yang patut dijaga dari diambil kesempatan oleh orang yang tidak bermoral , - jangan ingat tiada yang akan mengambil kesempatan sewaktu bersesak-sesak di bazaar ramadan dalam bulan mulia ni ya! Sebolehnya cover bahagian hadapan tubuh anda dengan beg atau tangan jika berhadapan dengan situasi yang terlalu berhimpit-himpit.
  8. Pastikan makanan yang ingin dibeli bersih, "segar" dan halal. Perhatikan tiada tanda-tanda makanan tersebut telah dicemari dengan telur lalat, tidak basi dan penjual mengendalikan makanan dengan cara yang betul. 
  9. Berbelanja mengikut bajet dan beli apa yang telah dirancang (tetapkan bajet dan rancang apa yang ingin dibeli terlebih dahulu bagi mengelakkan dari berbelanja lebih dan makanan yang dibeli tidak membazir)
  10. Jangan habiskan masa yang lama di bazaar Ramadhan. Semakin lama kita berada di tempat sebegitu semakin kurang pahala puasa kita dek kerana mata yang melihat (aurat dan sebagainya), telinga yang mendengar (gosip atau selainnya), hidung yang menghidu ( terbau sesuatu yang busuk atau kurang enak dan mulut mula mengata), mulut yang bercakap, kaki yang melangkah dan tangan yang menyentuh.

3 comments:

  1. beli kena berpada-pada kat pasar ramadhan ni kan. jgn ikut nafsu.

    ReplyDelete
  2. assalam ana..acik belum pergi..tapi semalam suami pergi..beli di tempat yang dah biasa beli masa bukan bulan puasa pun bolah dapat yang basi

    ReplyDelete
  3. memang betol2 kena hati2 kat bazar nih.. takut terlebih beli makanan.. membazir plak nanti..

    ReplyDelete