Bonus raya dibayar 9 ogos ni : Alhamdulillah


Alhamdulillah berita gembira buat semua penjawat awam dan pesara kerajaan. Bonus setengah (1/2) bulan gaji (atau bayaran minimum RM500) kepada penjawat awam akan di beri pada 9hb ogos nanti.

Bagi yang memang dah ada peruntukan untuk raya nanti, bonus ni boleh la di simpan sahaja tak pun boleh tambahkan saham akhirat dengan memberi sedekah pada yang lebih memerlukan.

Info mengenai bayaran bonus ni boleh lihat di lampiran di bawah :




Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. - BERNAMA

5 comments:

  1. alhamdulillah :) boleh buat belanja balik raya di Shah Alam tahun ni hehe

    ReplyDelete
  2. sepatutnya kita kena buat persedian awal menyambut raya..tak perlulah tunggu duit bonus. kalau dapat bonus..itu satu bonus. boleh tambah simpanan untuk persedian raya tahun depan pulak.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..betul kata kakyon..untuk raya dah ada persediaan..tapi acik dapat bonus simpan untuk jalan2.

    ReplyDelete
  4. syukur alhamdulillah ada rezeki lebih untuk bagi pada isteri dgn anak2 (bagi pihak) hehe

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..rezeki orang gomen..belum ada rezeki lagi utk kami..hihi..

    ReplyDelete