Kuih raya pertama : Biskut Choc Chips


Kuih raya la sangat kan, padahalnya buat ni sebelum puasa lagi dah. Tak de maknanya nak simpan sampai ke raya. Dah hampir genap seminggu berpuasa harus la kuih ni dah habis kan.


Untuk raya nanti belum decide lagi nak buat atau tidak biskut ni. Sekalipun akan dibuat, buat saiz mini je, lebih kurang saiz biskut mini chipsmore tu .


Bebudak ni cakap biskut ni macam biskut chipsmore, tapi kalau ikut pada mereka-mereka yang dah cuba resipi ni, ramai yang cakap rasanya ala-ala Famous Amos Cookies. Tah la, kitaorang ni cuma jumpa biskut chipsmore tu je, biskut Famous Amos tu usahkan kata makan, pegang pun tak pernah (^_^)


Adunan yang saya buat ni, dah di lebihkan kuantiti serbuk coklat di dalamnya, sebab tu la warnanya agak gelap sedikit. Bagi yang nak cuba buat boleh semak resipinya di bawah:


Resipi Chocolate Chips Famous Amos Cookies



Bahan yang digunakan/diperlukan :


Bahan-bahan ayak:

  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko -  lebihkan 10g
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate - ltk 1tsp
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam 

Bahan-bahan lain :

  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yg dicincang) atau kismis - optional


Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Thanks kepada :
Penyumbang resipi asal : mrnamie

7 comments:

  1. lama x makan biskut chipsmore :) x der oven, x leh cuba. bila ntah nak beli oven. tggu bonus masuk kot.hahaha

    ReplyDelete
  2. kalau dapat dek hantu biskut coklat cip kat rumah ni memang tak ke mana mana.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. tahun lepas ade buat. buat kecik2 dapat banyak sangat hihi.. sedap

    ReplyDelete
  4. plan thn ni memang nak buat....
    seda, sedap......

    ReplyDelete
  5. wah..bleh masuk list utk kuih raya ni hihihi

    ReplyDelete
  6. sedapnya...baru bercadang nak buat biskut raya tahun ni :)

    ReplyDelete