Senyuman Pengantin baru...


Gambar nikah Irma dan redza
Senyuman Pengantin Baru
Irma Hasmie  & Redza Syah
Tahniah buat Pasangan pengantin baru Irma Hasmie dan Redza Syah!
Suka tengok gambar nikah Irma Hasmie dan pasangannya Redza Syah ni, Irma sentiasa tersenyum lebar.

Senyuman Pengantin baru yang hatinya tengah mekar berbunga-bunga, bak dalam hati ada taman gitu. Kedua-dua pengantin nampak sama cantik sama padan kan?

Ya la pengantin baru mesti terserlah aura kebahagian di hari pernikahan kan?

Psssttt: Kalau korang nak tengok gambar pernikahan Irma Hasmie dan suaminya Redza Syah, korang boleh tengok di  FB The Kliker l Wedding & Portrait Photography.

Satu lagi yang saya berkenan tang baju Irma Hasmie yang di pakai sewaktu majlis akad nikah tu. Baju hasil rekaan Hattan Dolmat memang nampak cantik dan anggun kan.

Cara pemakaian tudung yang dipakai oleh irma pun cantik dan nampak sopan menutup bahagian dada. Look simple but nice!


akad nikah irma dan redza
Sumber :  FB The Kliker l Wedding & Portrait Photography

Baju pengantin sempena majlis sanding/ resepsi pun simple jugak, tapi kurang minat dengan lilitan tudung tu je sikit. Rasanya kalau digayakan dengan cara yang berbeza sedikit lagi terserlah kot baju pengantin yang di pakai tu.


resepsi irma hasmie
Majlis resepsi Irma Hasmie dan Redza Syah

Photo credit to Beuatifulnara

5 comments:

  1. senyum je Irma kan. Memang pasangan yg secocok. Suka tengok...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....semoga berjaya lawan dasyim :)

    ReplyDelete
  3. bagus betul dia. tudung menutup dada

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru...
    pasangan yang secocok dan sama cantik....

    ReplyDelete
  5. tersenyum lebar dia..sama cantik sama padan.semoga mereka bahagia bersama. InsyaALLAH...

    ReplyDelete