Kelebihan solat terawih , bagi yang masih belum tahu...


Sekadar ingat mengingati:

Berkaitan satu hadis yang menyebut tentang kelebihan solat terawih bagi setiap malam ramadhan (kelebihan terawih dari malam pertama hingga malam ke tiga puluh ), untuk makluman pada yang belum tahu, hadis tersebut sebenarnya merupakan satu hadis palsu.

Isu hadis palsu tentang kelebihan solat terawih ni dah lama. Tapi rasanya tak semua tahu hadis tersebut hadis palsu sebab masih ada lagi yang siarkan di blog dan juga di FB.

Tak perlu mana kita kejar kelebihan yang dinyatakan didalam hadis palsu tersebut. Seeloknya, setiap ibadat yang  kita lakukan dikerjakan atas sebab keikhlasan dan rasa tanggungjawab terhadap Allah semata-mata  , sebagaimana yang di galakkan Rasulullah S.A.W.. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda:

 “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” 

Note : Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.


Lagipun, solat terawih ini hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.  Walau tiada ganjaran khusus untuk setiap malam (sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis palsu tersebut) , ia tetap diharuskan sangat-sangat dibuat pada setiap Ramadhan kerana kelebihan Tarawih ini hanya di”offer” pada bulan Ramadhan sahaja. ( So Sama-samalah kita merebut tawaran ini, ye!)




5 comments:

  1. alhamdulillah,taun ni anak sy dah boleh ikut solat terawih kat masjid..lega sikit hee...kalau x ,taun lepas main ngan budak2...mama nak terawih pun x kusyuk hehe

    ReplyDelete
  2. diorang ni suka share tak selidik betul2 dulu..saya tak berani nak share apa2 berkaitan hadis ni..takut tersilap..maklumlah..kita ni kurang pengetahuan..

    ReplyDelete
  3. semoga ramadhan kali ni lebih baik dari ramadhan sebelumnya, Insya ALlah.kalau x dapat buat kat masjid, kat rumah pun tak per.

    ReplyDelete
  4. Yang sedihnya, org kita beria ia pulun buat yg sunat,yg wajib tak jenguk masjid pun

    ReplyDelete
  5. salam tuan rumah..minta izin copy info ini yea :D
    terima kasih kerana mengingatkan.

    ReplyDelete