Bayam rangup


Kerepek Bayam @ Bayam salut tepung @ Bayam goreng rangup
Tak sure apa nama resipi ni, ada yang panggil kerepek bayam, ada juga yang panggil bayam goreng salut tepung, bayam rangup, bayam goreng dan tah apa nama lagi la.

Korang Pernah tak makan bayam yang digoreng camni? 

Kalau search resipi Bayam goreng salut tepung ni pun bermacam-macam versi yang ada. Cam saya ni just goreng guna tepung mix serbaguna tuk gorengan salut tepung tu je, tak kira la sayuran ke, udang ke, sotong ke hatta ayam pun boleh guna tepung mix tu juga.

Mula-mula nak buat tu risau juga ya la daun bayam tu kan lembik je. Tak sangka pulak daun bayam yang lembik bila digoreng ngan tepung tu menjadi garing. Disebabkan kegaringannya tu la Ainul suka makan.

Kalau tengok kat gambar atas tu, nampak berminyak sedikit kan. Biasanya lepas di keluarkan dari kuali terus letak atas tisu serap minyak. Kebetulan time buat ni, stok tisu tu dah kehabisan , nasib la kan even sedikit berminyak, garing tetap garing.

Pssttt: korang ada tak petua untuk elakkan makanan bergoreng dari serap minyak sangat time menggoreng tu. Kalau ada share-share la disini ya.






1 comment:

  1. makanan yg digoreng sebaiknya ditoskan dalam pnyejat makanan tu kak..yg jaring2 tu,sb kalau letak atas kertas tisu minyak dia x tersejat sgt...biasanya sy akan toskan dlam penyejat makanan pastu bru letak atas tisu...

    ReplyDelete