Boleh di ulang buat lain kali


Roti doh asas terlebih letak gula di atasnya hehe
Puas hati dengan kejadian roti kali ni. Even dah agak lama tak meroti, Alhamdulillah dengan menggunakan resipi roti doh asas dari Puan Roshayati Johari naik elok dan lembut roti yang dibuat.

Cam biasa apa-apa resipi yang ada di cadangan kan penggunaan bread improver dan bread softener dalam adunan memang saya tak follow. Sememang tak buat stok pun kedua-dua nya, ya la bukan rajin sangat pun nak merotinya. Sebulan sekali pun susah, so rasa ada sedikit pembaziran kalau beli tak kira la bread improver atau bread softener.


Selalunya jika ada penggunaan 2 bahan tersebut dalam mana-mana resipi roti memang saya ganti dengan water roux je. Biar la ambil masa sedikit nak buat water roux tu pun tak kisah janji puas hati hasil roti yang dibuat lembut. hihih sesekali masuk bakul angkat sendiri tak salah kan untuk motivasikan diri sendiri , kalau tak sendiri yang puji siapa lagi, harapkan mulut manis anak-anak je.. tu pun ada masa nya terkeluar juga ayat berani mati " mama kuih/kek mama ni tak sedap la..." tapi sambil menyebut tu sambil tu juga tangan duk menyuap kuih/kek tu ke dalam mulut.


Okey la tuk record kat bawah ni saya CnP resepi roti doh asas dari Puan Roshayati Johari yang dah di cuba :



RESEPI ROTI DOH ASAS

resepi asal : Puan Roshayati Johari
sumber : mamafami@blogspot.com

Bahan-bahan

Basic Dough
  • 500g tepung gandum@tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
  • 11g yis mauripan@sebungkus
  • 1sk garam
  • 1sk bread improver - optional
  • 1sk bread softener - optional
  • 80g butter@marjerin
  • 250ml air@susu segar
  • 1 biji telur - kacau sedikit
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat-bulat kecil kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Note : tak de maknanya nak guna bread maker, uli ngan tangan je , kalau ada bread maker tu harus kerap tayang hasil meroti kat sini (^_^)

5 comments:

  1. lama dah teringin nak buat roti putih je..tapi asyik ada request roti lain..tak dan nak buatnya.. anak2 saya agak suka roti..so rajin je nak buat..kebetulannya aritu terbeli bread improver..so ada la sikit dlm stok..da abis tu ingat nak guna water roux je..

    ReplyDelete
  2. kak, tak jual kueh raya ke kak? boleh buat bisnes ni..

    ReplyDelete
  3. dah sedap dan jadi memang kena buat lagi.......

    ReplyDelete
  4. dulu sy penah buat. sangat2 susah nak buat roti ni. nk tunggu gluten dy lagi nak tunggu doh betul2 jadi. tapi bes

    ReplyDelete