Bayi 3 bulan didera pengasuh (patah tangan & kaki kiri)


Apa first impression bila korang baca tajuk entry ni?

Kesian dan simpati
Rata-rata kita mesti rasa kesian dekat baby ni kan. Baru berumur 3 bulan, dah terpaksa menahan sakit. Dengar anak menangis terjatuh sedikit pun hati kita dah rasa sayu ni kan pula bila anak patah tangan dan kaki kan?

Geram dan Marah
Sesiapa pun mesti geram dan rasa nak marah dengan kes yang melibatkan penderaan terutama penderaan bayi yang yang masih kecil camni kan?

Teringat kat anak yang "ditinggalkan"
Bila di sebut baby ni didera oleh pengasuh a.k.a jiran kepada ibu&bapa bayi ni boleh buat mana-mana ibu yang ada menghantar anak ke pengasuh teringat kat anak sendiri kan?

Beringat, beringat dan beringat
Lepas je keluar berita tentang kes ni mungkin akan menjadi peringatan buat ibu&bapa untuk sentiasa prihatin akan keadaan fizikal dan emosi anak bukan?Ya kita percaya dengan pengasuh yang kita amanahkan untuk menjaga anak kita, tapi tak salah juga kalau kita beringat dan berwaspada kan.


Sedikit keratan dari sumber berita Bayi didera pengasuh (sumber: FB Page Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)):

PASIR GUDANG.: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam.

3 comments:

  1. marah,geram dan seangkatan dengannya.. Saya tak tau nk cakap apa kes2 dera macam ni.. tergamak sangat buat kat baby.. mmg x de perasaan.. kan best tgk baby tu comel,nangis pun comel,gelak pun comel..kalau kata baby ni semua comel la..

    ReplyDelete
  2. mmg tak boleh terima langsung dek fikiran nih.. nape lah ade manusia sanggup dera bayi.. x de perasaan kesian dah ke??

    ReplyDelete
  3. yg ni mengasuh nak duit je ni..kbajikan bby tu x ambil pduli..marah pun ada.rasa nk pth2kan kaki tngn pengasuh tu pulak..huhu..

    ReplyDelete