CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN / BERJEMAAH


a) Apa Itu Solat terawih?

Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.

b) Bagaimana cara melakukan Solat Terawih Bersendirian?

Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.  Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.
  1. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. 

    Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala


  2. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. 
  3. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

c) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Berselawat selepas setiap dua rakaat  tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

d) Niat Solat terawih berjemaah ?

Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat makmum kerana Allah Taala


d) Bacaan selepas setiap rakaat solat sunat terawih berjemaah ?


Pertama : Bacaan selepas rakaat yang ke- 2,6,10,14, dan 18

 Kedua : Bacaan selepas rakaat yang ke- 4,8,12,16, dan 20


dan seterusnya boleh lihat di al-azkar.blogspot.com

9 comments:

  1. lepas nie boleh la solat kat rumah jer..susah la nak ke masjid, anak still baby lagi

    ReplyDelete
  2. yup, kena fahamkan rakyat malaysia umumnya yg masih tak tahu, bahawa solat terawih itu solar ' rehat'..so tak perlu terkejar kejar...Dan boleh dibuat secara sendirian di rumah andai tak sempat ke masjid.

    ReplyDelete
  3. tahun ni rasa teruja nak cuba solat terawih di masjid pula. Selalu anak kecik tak berani nak bawa masjid takut ganggu makmum lain, tahun ni nak cuba sbb yg kecik tu pun mcm dah faham sikit. Kalau tak boleh juga, solat di rumah juga nampaknya...

    selamat berpuasa dan berterawih Ana

    ReplyDelete
  4. la ni hujung jari je.
    rasa kurang dalam diri moh le cari

    ReplyDelete
  5. Yang fardu jangan pulok tinggal.

    ReplyDelete
  6. kalau dlm bulan ramadhan ni la nak kutip pahala lebih s ebb ada terawih

    ReplyDelete
  7. Btul tu nizam...kbnyakan sekarang bnyak lebihkn yg tarawih,yg fardu mcm asar,time nak berbuka bru smbhyang...

    ReplyDelete
  8. La upanya sng jew nk solat sendirian.. Hehe

    ReplyDelete
  9. salam...tq atas perkongsian yg sgt baik ni....

    ReplyDelete