Berhati-hati dengan pelaburan emas


Kebelakangan ni macam jadi musim pula, musim orang sibuk promote pelaburan emas. Bila dah ada yang start promosi pelaburan emas tak lama lepas tu bak cendawan tumbuh selepas hujan, banyak la syarikat-syarikat baru yang tawarkan pelaburan yang sama.

Mungkin ada antara korang yang dah melabur atau di ajak untuk membuat pelaburan bukan?

Tidak kira la korang dah pun melabur atau baru berkira-kira nak buat pelaburan rasanya elok la selidik balik syarikat tersebut. Untuk kepastian korang boleh check " Senarai Laman Web/Produk Pelaburan/Syarikat Yang Tidak Diiktiraf SC (tempatan)" untuk pastikan syarikat tersebut bukanlah sebuah syarikat yang tidak berlesen dan bukan berciri skim cepat kaya.

Malah Majlis Fatwa juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung isu pelaburan emas khususnya yang dikendalikan syarikat Genevva,
Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara....


So, pada yang terlibat dengan pelaburan emas ni, hint dah diberi pepandai la ya pilih sama ada nak selamat atau nak karam. Mana satu yang akan terselamat dan mana satu yang akan karam tu kena la kaji dan selidik betul-betul, kalau rasa agak tak meyakinkan lebih baik tarik diri sekarang sebelum terjadi sesuatu .

4 comments:

  1. huhuhu.. nasib lah tak banyak duit nak melabur sana sini.. bulih simpan kat ASB pon dah kira bersyukur dah ade duit lebih untuk di simpan.. kekekeke..

    ReplyDelete
  2. payahnya sekarang ni semua org nak cari jalan mudah nak kaya cepat

    ReplyDelete
  3. mmg tak pernah berminat pun nak sertai pelaburan emas atau saham sbb takut dan tak berapa faham. Dari kena tipu, baik diam2 aje, dan simpan je dalam ASB atau TH...huhu

    ReplyDelete
  4. sama le melabur dalam asb dan th ajek...
    ramai orang nak kaya cepat lani, tapi akhirnya...

    ReplyDelete