Gabungan makanan yang elok untuk sistem penghadaman


Pernah tak korang berfikir persoalan apa yang nak dimakan, apa yang perlu dimakan , dan masakan apa yang sesuai digandingkan dengan sekian-sekian masakan ?

Biasakan kita merancang sebelum masak, kalau buat masakan yang bergulai sedap digandingkan dengan apa, kalau masak sambal goreng gandingannya apa. Tapi adakah pilihan kita tu mengikut sedap ditekak kita atau memang itu lah yang sepatutnya .

Secara umumnya saiz hidangan yang sepatutnya di ambil perlu ada sayuran/buahan dan makanan dari sumber protein / karbohidrat.

Tapi ada juga jenis makanan yang sesuai diambil dengan jenis makanan tertentu dan ada juga makanan yang tak sesuai dan dicadangkan untuk  tidak diambil secara serentak.

Pernah dengar tentang diet pemakanan rasulullah SAW tak?



Diet Pemakanan rasulullah  :

* Jangan makan SUSU bersama DAGING
* Jangan makan DAGING bersama IKAN
* Jangan makan IKAN bersama SUSU
* Jangan makan AYAM bersama SUSU
* Jangan makan IKAN bersama TELUR
* Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* Jangan makan SUSU bersama CUKA
* Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

Satu lagi makan buah sebelum makan makanan berat. Tapi kebiasaan nya orang kita ambil makanan berat dahulu then baru di akhiri dengan makan buah tul tak?

Even kajian moden juga menggalakkan pengambilan buah-buahan terlebih dahulu . Ini kerana sesetengah buah-buahan amat mudah di hadam. Contohnya buah tembikai paling mudah dihadam. Selain itu ada sesetengah buah tidak disarankan di ambil serentak contoh buah yang lebih berasid tidak digalakkan untuk diambil dengan buah yang bersifat manis untuk proses penghadaman yang bagus.






3 comments:

  1. nak kena simpan utk panduan pemakanan ni.. biasanya susah nak apply kan benda camni..

    contohnya orang kita suka makan tomyam campur. ayam,daging tambah dengan makanan laut..

    kalau buat kek takde buttermilk guna susu yang dicampur cuka..

    dan kita dah banyak terbiasa dengan budaya barat yg makan buah kemudian..

    ReplyDelete
  2. yg kita makan semuanya kombinasi yg tak elok...roti telur la..roti coklat la..

    ReplyDelete
  3. tula....kite selalu makan koktel kan...susah jugak nak praktis...tp insyaalllah akan cuba...

    ReplyDelete