Puding Karamel tanpa telur (Agar-agar karamel)


Menu sampingan berbuka puasa hari yang ke-3, buat puding karamel tanpa telur. Sebelum ni pernah buat dah puding karamel tanpa telur (Rujuk entry "Agar - agar Karamel tak cukup sifat!") tapi yang tu guna resipi lain. kali ni try resipi lain pulak.

Dan hasilnya nampak berseri sedikit dari percubaan pertama dulu.


Tapi bukan salah resipi yang first menyebabkan puding / agar-agar percubaan pertama dulu nampak tak bermaya, salah orang yang membuatnya, tak betul teknik sehingga nampak pucat je. Bak kata orang tua-tua, tak reti menari jangan salahkan lantai tak rata kan.

Okey la bagi yang nak cuba buat puding karamel tanpa telur untuk di sajikan sewaktu berbuka boleh try resipi kat bawah ni. Atau boleh juga cuba resipi satu lagi di entry  "Agar - agar Karamel tak cukup sifat!".


Resipi Puding Karamel tanpa telur



Resipi Puding karamel tanpa telur

Bahan-bahan :
  • Bahan A  - karamel :
  • 150 g gula dan 100 ml air panas
  • Bahan B : 
  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 senduk gula
  • Bahan C :
  •  1 tin susu cair - lebih kurang 400g
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • Campur sebati semua bahan C
Cara membuatnya :
  1. Hanguskan gula cam buat karamel untuk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk, didihkan Bahan B, kecilkan api kemudian masukkan Bahan C, kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. 
  3. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  4. Bekukan sebentar dan hidang (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).


Selamat Mencuba!!!!

6 comments:

  1. tanpa telur sedap tak hanyir...

    ReplyDelete
  2. tergoda tengok puding ni :) sedapnyaaa............

    ReplyDelete
  3. boleh cuba ni. selalu nk dengar letak byk telur kan, ini x der telur.

    ReplyDelete
  4. bekilatnya..mcm sedap..tp tgh puasa ni..hihih..dugaan..

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak...faveret amie ni...!

    ReplyDelete