Kuih Tiram dibuka untuk tempahan raya !


Agak-agak ada ke yang berminat nak tempah kuih tiram bila terbaca tajuk entry ni dan juga tengok gambar sampel kat sebelah ni?

Harap tiada la ya, tajuk tu tiada maksud apa-apa pun. Buat kuih tiram ni pun sekadar test market orang kat rumah ni aje. Agak-agak boleh dapat sambutan dan feedback baik dari bebudak kat rumah ni boleh la berkira-kira buat untuk raya nanti.

Untuk buka tempahan kuih raya sepertimana yang di tanya oleh amie dalam entry sebelum ni ( Entry "Boleh di ulang buat lain kali" ) , jawapannya tak mungkin la untuk tahun ni. Kalau di panjangkan umur dan berkesempatan bertemu dengan ramadan tahun depan, kemungkinan untuk ambil tempahan tu mungkin ada dengan syarat masa tu dah expert buat kuih raya yang sedap la kan hihii (^_^)

Selama ni pun tak pernah buat sendiri kuih raya, camna nak buat untuk jualan kan. Kalau kek atau muffin yang simple tu boleh la, tapi tak de makna pulak la nak ambil tempahan kek, sibuk nak berkejar balik ke 2 tempat, bila masa pulak nak buat kek nya kan?

InsyaAllah even bukan untuk tempahan raya sekalipun, akan tetap buat kuih raya sendiri juga....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


RESIPI KUIH TIRAM

Resepi: s_shamen@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan:

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

Cara-cara

Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari..untuk mendapat lapisan yang banyak,kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali.
Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing2 ye
Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai
Amik doh kecil tadi & canai leper..bila dah agak leper,nak canai 2,3 sekali pun boleh..
Dah canai tu,susun atas permukaan(seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali..
Goreng hingga kekuningan(api jangan terlalu kuat), toskan minyak & sira @ gaul dengan gula halus..

Selamat mencuba

9 comments:

  1. sy panggil kuih lidah kucing. akak, nk tanye mcm mane nk buat button fb share kat blog ni.

    ReplyDelete
  2. saya dah lama nak buat kuih tiram ni sebab sekarang da makin mahal..husband dengan anak2 suka pulak tu.. (dasar mak mak cheapo..semua nak buat sendiri..hahaha)

    actually bukan kedekut..tapi lagi suka kalau anak2 dgn husband happy makan hasil air tangan sendiri..biarlah rupa huduh pun kan..

    ReplyDelete
  3. hihihi..ingatkan akak betul2 amik tempahan tadi..insyaAllah tahun depan dah boleh jadi tokey kueh raya ngan kek raya

    ReplyDelete
  4. suka kueh tiram ni...tapi rasanya nama laen dia ape eh...kueh lidah buaya ker lidah kucing ntah ;p. tapi yang pasti memang sedappss

    ReplyDelete
  5. suke kuih tiram ni ataupun disebut lidah buaya kot hahahah mak mertua rajin buat.. dedulu penah wat sekali sm2 dgn dia hihihihi

    ReplyDelete
  6. suka gak kuih tiram ni, tp anak2 tak suka...

    lom pernah cuba buat juga ni, tp mcm malas je...huhu

    ReplyDelete
  7. saya tak reti buat kuih tiram nih tapi mak saya reti, lagipun tak makan sbb berminyak.

    ReplyDelete
  8. suka makan kuih tiram nie tapi rasa macam lecehnya nak buat

    ReplyDelete