Drama 7 Ramadan Episod 1 - 13


Tajuk Drama : 7 Ramadan


Slot : Samarinda (Setiap Selasa - Rabu Pukul 10.30pm & Khamis Pukul 9.30pm)


Tarikh Mula Bersiaran : 19hb Julai 2012


Bilangan Episod : 13


Terbitan :  Radius One Sdn. Bhd.

Penulis Skrip :  Shahrulezad Mohamedin

Dibintangi Oleh :   Elly Suriati (Sufiah), Fir Affandi (Ramadhani) , Ana Dahlia (Anna), Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda) , Roy Azman (Mustaza)


Episod 8 (7/8/2012)

Sufiah memandang dirinya di dalam cermin. Kelihatan kesan darah kering di hidungnya. Dia tidak terkejut sepertinya itu adalah sesuatu yang biasa. Tiba-tiba Chah datang.


Episod 7 (2/8/2012)

Dhani/Ikram berbuka puasa di rumah Anna. Dalam perjalanan ke rumah Anna, dia teringatkan juga janjinya dengan ibunya dan juga Mak Chah. Dia berasa serba salah namun dia tidak mampu menolak pelawaan Anna.


Episod 6 (1/8/2012)

(Real time) Sufiah kesiangan. Dia terjaga dan berada di dapur. Baru dia teringat malam tadi dia bergaduh dengan Chah. Sufiah segera pergi mencari Chah dan meminta maaf darinya. Walaupun masih terasa dengan perbuuatan Sufiah kepadanya,


Episod 5 (31/7/2012)

(Masih dalam scene flashback). Sufiah kini seorang pelacur yang dilacurkan oleh suami sendiri. Sufiah tahu yang dia tidak akan dapat lari dari cengkaman suaminya itu. Dia kasihankan nasib anaknya itu kelak.



Episod 4 (26/7/2012)


Di rumah Sufiah, Anna mendekati dan cuba melihat gambar anak Sufiah dengan lebih dekat, namuna ada sesuatu benda yang melekat di gambar itu. Anna cuba menguisnya namun spontan terhenti apabila Chah tiba-tiba muncul.


Episod 3 (25/7/2012)


Anna sedang memandu sambil cuba menghubungi Dhani. Anna geram kerana gagal menghubungi Dhani sejak semalam. Ketika dia cuba mengambil telefonnya yang terjatuh, di hadapannya seorang wanita sedang melintas jalan. Anna terkejut dan segera membrek.


Episod 2 (24/7/2012)


Sufiah sedih dengan sikap Ramadhani yang tidak mengendahkannya di majlis konvokesyen itu. Dhani pula berasa amat bersalah. Dia mencari ibunya dan ternampak ibunya sedang menangis berhampiran dengan dewan itu.

Sinopsis Drama 7 ramadan  :~

Drama ini mengisahkan tentang Sufiah (Elly Suriati) yang tidak putus2 menerima dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda) dia telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan. 

Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka. Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. 

Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak2 yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi). Sufiah dan Ramadhani tinggal dalam keadaan kekurangan. 

Apabila anak angkatnya menyambung pelajaran di sebuah universiti, Tinggallah Sufiah seorang diri di kampung. Demi menyara kehidupannya dan anak angkatnya, Ramadhani yang amat disayangi, Sufiyya bekerja  mengambil upah mengurut, membuat kuih dan sebagainya.

Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Ramadhani atau Dhani baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan, Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara.

Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Ramadhani sanggup mencela dan tidak mengakui Sufiah ibunya kerana ingin menjaga hati teman wanitanya Ana (Ana Dahlia). Ana merupakan anak orang kaya. Kerana ingin mengubah nasibnya yang miskin, hati Sufiah selalu disakiti oleh Ramadhani yang kejam.

Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Bagaimana pula dengan rahsia Sufiyya dan kaitannya dengan Ramadhani?


No comments:

Post a Comment