Drama Kau Yang Terindah Episod 1 - 26


Tajuk Drama : Kau Yang Terindah

Slot : Akasia (Setiap Isnin - Khamis Pukul 7.00pm )

Tarikh Mula Bersiaran : 6 Ogos 2012

Bilangan Episod : 26 Episod

Terbitan : Erma Fatimah

Dibintangi Oleh : Nazim Othman (Kapten Shamiel) , Neelofa ,  Hafil Andrio Putra (pelakon Indonesia)



Kau Yang Terindah Episod 5, 6, 7 & 8

Episod 5
Ibu Munira, Noraini membuat tuntutan kepada Faikullah, ayah kepada Hafiz agar dia membayar pampasan terhadap kandungan anaknya. Faikullah menyuruh Hafiz untuk memutuskan sahaja hubungannya dengan Munira.

Episod 6

Episod 7
-

Episod 8
-



Kau Yang Terindah Episod 1, 2, 3 & 4

Episod 1
Alisya, Hafiz, Munira dan Rudy pergi bercuti di tepi pantai. Rudy telah lama menyimpan hati terhadap Alisya, namun Alisya menolak dengan baik hasrat hati Rudy tersebut.

Episod 2
Noraini, ibu kepada Munira terkejut apabila doktor mengesahkan Munira mengandungkan anak Hafiz. Munira telah dipukul oleh abangnya, Malek dan beliau mendesak Hafiz supaya bertanggungjawab. 

Episod 3
Malek berasa amat marah setelah mengetahui bahawa Munira mengandung anak luar nikah. Dia memukul adiknya itu dan cuba untuk membuat kecoh di rumah Hafiz.

Episod 4
Setelah bapa Hafiz iaitu Faikullah dibebaskan dari tahanan polis, Noraini telah memberitahu Faikullah tentang Munira yang mengandungkan anak Hafiz.

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah  :~

Nazim Othman sebagai Kapten shamiel


Sedikit sinopsis drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa).

Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. 

Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3. 
(sumber sinopsis: EDTV)

Biodata Hafil andrio Putra , Pelakon Kau Yang terindah

  • Nama : Hafil andrio putra

  • Nama panggilan : Hafil 

  • Tempat lahir : Pekanbaru 

  • Tarikh Lahir : 20 maret 1989 

  • Tinggi badan : 175 cm 

  • Berat badan : 60 kg 

  • Suku : Minang 

  • Hobi : renang, basket, dance, break dance, traveling, musik (rock n roll) 

  • Filem :   The Mentalist



2 comments:

  1. maknanya dah nak abes la dejavu tu kan.....erma punye cite sure best!

    ReplyDelete
  2. ala..neelofa..x pelah tengok je..huhu

    ReplyDelete