Talam pisang resipi hentam saje daaa ..


Lama tak post entry makanan. tapi bukan la bermaksud tak membaking langsung, cuma kemalasan untuk snap gambar plus kebelakangan ni masakan asyik tak menjadi je.

Tah la mungkin fikiran sedikit serabut kot, dan kurang fokus tu yang buat kek hangus (ada la tu yang rajin pusing butang suhu oven, sampai tahap max nya tu) buat laksam tak berapa menjadi. pendek kata serba serbi tak kena (-_-)

Menu Talam Pisang ni pun sebenarnya dah lama buat, ada la kot sebulan yang lepas, gambar dah upload cuma tak buat entry je, tersekat kat draft :(

Korang minat tak talam pisang atau apa-apa jenis talam yang lainnya ?

Kalau buat kuih jenis talam-talam ni ada peminatnya kat rumah ni, tapi tengok jenis kuih talam jugak la. Baru ni rasanya ada 3 kali ulang buat talam gandum dalam tempoh seminggu. Setiap kali mama kata tak da idea nak masak apa, setiap kali tu juga la Safiyya request buatkan Talam Gandum. Bila dah ada yang request tu kena la tunaikan, bukan susah sangat kan nak membuatnya

Resipi Talam pisang


Talam pisang yang saya buat ini resipinya ikut suka hati sendiri je. Bahagian bawah tu bahan-bahan yang digunakan sama je macam buat cucur/cekodok pisang. Bahagian atas pula tak beza mana dengan "kepala santan' untuk kuih talam gandum bezanya cuma tambahkan gula merah je.

Kalau korang ada resipi talam pisang dari mak or nenek korang boleh la share-sharekan ya, mana tahu ada pisang nanti boleh dicuba sebagai menu berbuka puasa nanti (^_^)





6 comments:

  1. Sedapnya kak. Kita tak pernah makan talam pisang. Huhuhu~ bole try ni. Kalau asuk peti ais, berapa lama boleh tahan ek kak?

    ReplyDelete
  2. nampak macam iras kuih nagasari pun ada..hentam saja daa pun nampak sedap ni ana...

    ReplyDelete
  3. tak pernah umur saya makan talam pisang..

    boleh la minta wife saya cuba resepi ni :)

    ReplyDelete
  4. jarang ada sekarang, sedapnya...

    ReplyDelete