Tarikh Melihat Anak Bulan – Penepatan Awal Puasa 2012


Sekirannya 1 ramadhan jatuh pada 21hb Julai 2012
Menurut laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia , tarikh melihat anak (Penetapan awal puasa 2012) ialah pada 19hb Julai 2012.
15 hari lagi sebelum tarikh melihat anak bulan,  sama ada kita akan berpuasa pada 20hb Julai atau 21hb Julai sama-sama kita nantikan ya.

Rasanya masa zaman kanak-kanak dulu , perasaan berteka-teki bila tarikh permulaan puasa tu lebih terasa. Pada hari tersebut iaitu hari melihat anak bulan, lepas je maghrib memang tertunggu-tunggu pengumuman di TV.

Mungkin faktor dah meningkat dewasa, perasaan tu semua semakin berkurangan. Bukan faktor tiada keterujaan nak menyambut ramadhan tapi lebih kepada wujudnya perasaan rasa pasti apa yang dah tercatat kat kalendar tu mungkin betul.

Tambahan pulak, zaman sekarang ni zaman maklumat di hujung jari. Tak perlu nak tunggu di hadapan TV seperti zaman 80-an (atau sebelumnya) dulu lagi dah. Tul tak?


Keterujaan menyambut ramadhan tu akan berubah mengikut pertambahan usia. Sekarang ni teruja untuk sambut ramadhan di zahirkan dengan cara yang berbeza. Mungkin ada yang teruja dengan kedatangan Ramadhan sebab nak latih anak mula berpuasa, mungkin juga pada yang baru bergelar isteri teruja nak berpuasa bersama suami. Mungkin juga yang dah pasang tekad untuk memulakan penghijrahan sempena bulan Ramadhan nanti.

Ada juga yang teruja sebab Ramdhan ini bulan rezeki, banyak pintu rezeki di bulan Ramadhan antaranya berniaga di bazaar Ramadhan, berniaga kuih raya, tempahan jahitan pun berganda-ganda diterima , malah pemberian juadah berbuka puasa juga merupakan rezeki juga kan?

Sementara 17 hari lagi sebelum Ramadhan tiba pe kata kita latih diri biasa kan dengan berpuasa ( buat puasa sunat) , jaga mulut (jangan bergosip) , membaca al-quran dan lain-lainnya ,






3 comments:

  1. tak sabar menantikan ramadhan..sebab bila dalam ramadhan je kan kak perasaan rasa lain..cam damai je hati..

    ReplyDelete
  2. x sabar nak puasa. hrp dpt puasa penuh tahun ni mcm tahun lepas.

    ReplyDelete