Tips menjadi blogger


Semua orang boleh buat blog sendiri. Malah pilihan platform untuk setup kan blog pun banyak, pilih sahaja sama ada mahu yang berbayar atau yang percuma. Antara platform berblog yang popular dikalangan blogger ialah blogspot dan wordpress.

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging dan mahu mengetahui pilihan selain blogspot dengan wordpress boleh lihat senarai platform untuk berblog di entry "Pilihan platform untuk mula berblog...".

Tidak kira anda sudah memiliki blog atau baru mahu memulakan langkah untuk membuka blog apa kata lihat tips berblog dibawah:


Pilih tema blog sama ada anda mahukan blog yang berbentuk hiburan dan gosip, blog informasi dan berita , blog personal atau sekadar blog rojak .

Penting ke tetap kan tema blog?

Tanya diri anda sejauh mana anda mahu pergi dalam dunia berblog ini. Adakah anda betul-betul serius berblog atau sekadar ingin jadikan berblog ini sekadar hobi  semata.






Pilih URL blog yang mudah diingat dan seeloknya URL blog mestilah simple dan pendek. Jangan pilih URL yang panjang dan boleh mengelirukan.


Belajar dan ambil tahu basic SEO (Search Engine Optimization)

Tulis entry yang boleh menarik minat pembaca , cuba elakkan dari CnP bulat-bulat entry orang lain , elakkan bahasa yang susah untuk difaham , jangan guna singkatan yang susah pembaca nak faham.

Pastikan susunan entry menarik, ada pendahuluan, isi kandungan , point penting dan penutup. Pastikan entry anda berperanggan untuk memudahkan pembaca membaca. jangan lambakkan semua sekali dalam satu perenggan panjang dan pastikan jenis tulisan (font) dan saiz yang dipilih mudah dibaca .


Letak gambar dalam entry sebagai daya penarik.


Pilih templates yang simple dan mesra pembaca




Share atau promote entry di social sharing network seperti facebook dan twitter.


Persoalan bagaimana buat duit dengan berblog bagi saya less important. Ianya boleh datang kemudian sebagai bonus atas usaha kita berblog.


Siapa tak suka trafik yang tinggi bukan. Apa guna kita publikkan blog kita jika tiada yang membaca.

Untuk menarik pengunjung blog ada pelbagai cara. anda boleh google bagaimana cara tingkatkan traffik ke blog, ramai blogger otai dah share tentang hal ini.



Penting ke 'about me page" ni ?

Tanya diri sendiri, jika nak diri dikenali buat la apa yang sepatutnya (^_^)

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak.

    kak, cer komen blog tehaa..serabut x?nk juga tau, mne tau tehaa,tehaa xbuat salah satu itu :) www.tehaalarh.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam ana..jujurnya walaupun acik mula 15 oktober 2009,tapi cik tak tau apa pun..yang mula buatkan kawan blog acik..kemudian anak acik yang tukar2 tempplate..acik tau tulis je.terima kasih ana

    ReplyDelete
  4. tu dia..tips dr blogger otai hihi..
    ape pun blog yg simple, menarik & ringan menjadi pilihan

    ReplyDelete
  5. Koi buat blog syok sendiri je....

    ReplyDelete
  6. sama ngan nizam, syok sendirik ajek..muahahahaha

    ReplyDelete