Voodoo & Sepanyol juara Euro 2012


Tahniah pada yang sokong pasukan Spain sebab pasukan pilihan korang menang . Seronok la kan sebab sepanyol berpesta gol awal pagi tadi, 4 gol berbalas kosong.

Pada yang sokong Itali , jangan kecewa sampai terbawa-bawa sepanjang hari pulak ya. kalau kena provoke ke apa ke, terima je la. Dah adat bertanding pasti ada yang kalah tul tak?

So apa kaitan Voodoo (black magic) dengan kemenangan sepanyol pulak?

Korang tengok tak berita semalam, kalau tak silap berita sukan di TV3 diaorang ada siarkan tentang peminat sepanyol yang kononnya nak guna Voodoo kira cam jampi la agar sepanyol menang. Kata si pengamal voodoo tu dia nak bakar kad yang ada gambar/nama pemain Itali dan katanya lagi, dia nak asapkan (ala-ala asap kemenyan tu kot) supaya pemain Itali kabur mata time perlawanan final.


“We light up fire so that they won't see anything, to make them blind so they won’t be able to see the ball, so that Spain wins. I didn't do anything wrong, I only made Spain win and made them (Italy) go home,” she says.

Bila Sepanyol betul-betul menang agaknya lepas ni ramai tak orang yang akan cari "tok dukun sepanyol" tu ?

Ada ke yang masih percaya ngan voodoo atau dukun-dukun ni eik?

Kalau orang luar nak percaya tu, lantak diaorang la kan, asal jangan kita yang beragama islam ni percaya sudah. Dah menang tertulis yang Sepanyol akan menjadi juara EURO 2012, makanya Sepanyol la yang menang.


2 comments:

  1. vodoo lah pulak..hahaha..

    kesian itali..hahaha

    ReplyDelete
  2. tuhan maha kuasa, sudah takdir spain menang

    ReplyDelete