Pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna


Tahniah buat Ustaz Don Daniyal dan pasangannya Husna Zahry Rafie


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

 "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.” 


Just Entry CnP dari jurufoto rasmi majlis perkahwinan Ustaz Don iaitu Nadia Zahari Photography . .

Sedikit info berkaitan majlis perkahwinan Ustaz Don dan pasangannya  buat rujukan dan pertimbangan pada bakal pengantin :

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermake-up tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.



3 comments:

  1. saya cukup setuju dgn cara tak menjadikan al-quran sebagai hantaran. dulu penah juga kata kat kawan2 macam tak elok je buat camtu,letak quran kat bawah orang lalu lalang..mcm sama level je dgn hantaran len.. tapi time tu takda org pulak nak sokong..nak bangkang byk2 pun nnti org ckp kita ni munafik ke apa ke pulak kan..saya pun tak berani nak komen byk2..tapi skrg tak sangka.. apa yang dikata dulu menjadi nyata dengan Ustaz Don!

    bab hantaran makanan tu mmg saya suka sgt! best!!

    ReplyDelete
  2. cantiklah isteri ustaz don ni.. sejuk ati tengok pasangan ni kan.. semoga perkahwinan mereka berkekalan..

    ReplyDelete
  3. suka tengok pernikahan dorang. sejuk je mata memandang

    ReplyDelete