Tepung Pelita Versi dalam gelas


Dah masuk Ramadan ke-20 , sekejap je terasa kan. Pejam celik pejam celik semakin hampir ramadan akan melabuhkan tirainya. Satu persoalan sebagai muhasabah diri:

Adakah di penghujung Ramadan ini , kita lebih mengejar menyiapkan persediaan raya atau berebut mencari Lailatul Qadar?

Kalau dulu malam-malam terakhir ramadan atau di sebut malam tujuh likur ramai yang pasang pelita kan. La ni ramai yang pasang lampu berkelip-kelip warna-warni tu saje. Lain zaman lain caranya, satu yang tak patut berubah ialah keazaman kita untuk terus berusaha mencari malam Lailatul Qadar.

Bukan pelita yang harus di pasang sumbunya tetapi tekad kita sendiri yang harus sentiasa bernyala. Jangan pernah padam atau malap untuk beribadat di sepuluh malam yang terakhir ini.

Resepi Kuih Tepung Pelita

Sepertimana berubahnya zaman pasang pelita , cam tu juga la dengan kuih tradisional dah semakin dimoden kan. Kalau dulu kuih tepung pelita diletakkan dalam bekas/kotak diperbuat dari daun pisang. Tapi zaman sekarang ni dah semakin sukar berjumpa tepung pelita yang di jual dalam bekas sebegitu.

Kebanyakannya sekarang kuih tepung pelita ni dijual dalam bekas plastik jernih , kalau untuk dimakan sendiri pulak tak kisah letak je la dalam bekas apa pun, gelas atau cawan pun boleh, mangkuk kecik-kecik pun okey juga.

Tak semestinya tiada daun pisang maka kita tak boleh nak makan kuih tepung pelita kan? Cuma cara moden ni kurang asli sedikit sebab tiada aroma daun pisang kan? Pada yg nak cuba buat sendiri Kuih Tepung Pelita boleh semak resipi kat bawah:

TEPUNG PELITA
by: Yani@myresipi

Bahan-bahan (Lapisan bawah)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air

  • Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.
  • Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat
  • Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.
  • Biarkan keras sebentar.

Bahan-bahan (Lapisan Atas)
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
secubit garam
  • Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.
  • Kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.
  • Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.
  • Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

5 comments:

  1. sedapnyaaa..yum yum..spnjng puasa ni tak jumpa lagi tepung pelita yg betul2 sedap

    ReplyDelete
  2. bestnya..kalau sejukkan best jugak kan..

    ReplyDelete
  3. teringin juga nak buat......
    sedapnya rasa.......

    ReplyDelete
  4. kalau buat mst x jd,so bli je kat bazar.ehehe

    ReplyDelete
  5. tahun nih belom teringin lagi nak makan tepung pelita..:)

    ReplyDelete