Snow Almond? tak lah biskut salut nestum je


Dah buat atau beli  kuih raya? 

Ni kekononnya projek kuih raya pertama tapi cam biasa la kan, kalau dah namanya biskut tu sedap, cepat juga la habisnya.

Mulanya masa first batch kuih ni masak, anak-anak cam tak minat langsung. Makan sikit je pastu tak nak dah. Ada yang cakap tak sedap. Masa tu rasa gabra jugak dah , kang betul-betul tak kena ngan selera ada tak berusik langsung biskut ni.

Bila belek-belek biskut tu, baru perasan punca budak-budak ni tak minat. Alkisahnya terlalu ikut pada cadangan suhu dan masa pembakaran biskut ni terlebih masak. Dalam erti kata lain, hangus sedikit. Next batch adjust sikit suhu dan tempoh pembakaran hasilnya walla!

Bila di salut dengan coklat masakan dan nestum tu, mula la ada yang berminat semula nak mencubanya. hmmm baru tahu biskut yang mamanya ni buat sedap! (^_^) Hihhii bukan sedap sebab mamanya yang buat, dah memang resipi biskut ni sedap ditekak kitaorang , so sesiapa pun yang buat akan terasa sedap jugak la kan.

Ikut resipi sepatutnya biskut ni disalut dengan white breadcrumb baru la ada gaya snow yang menyalut biskut tu kan. Tapi sebab malas nak beli, salut je dengan nestum, so rasanya tak kena la pulak nama "snow almond" , jadi biskut almond salut nestum je la kan?

Resipi Snow Almond


RESEPI SNOW ALMOND
Sumber Asal : Ummifeeza @myresipi

BAHAN A:
200gm butter
100gm gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi
1 biji kuning telur

BAHAN B:
220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum - dikisar (noorsha letak 25gm nestum 25 gm cocoa crunch
40gm badam kisar
1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung

HIASAN:
Coklat masakan - dicairkan
white breadcrumb - ganti dgn nestum


Cara-cara membuatnya :
  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



2 comments:

  1. kena buat byk2 la kak ana...nanti belum raya dah abis ...hihi

    ReplyDelete
  2. of coz sedapppp tu..ada nestum...ada coklat..:)

    ReplyDelete