Murtabak sardin berkulit tebal


Atas permintaan hubby yang teringin nak makan murtabak, makanya terhasil la murtabak sardin seperti dalam gambar di sebelah ni.

Rupa murtabak tu boleh kata ada cuma tak betul adjust kulit murtabak tu je. Tak berapa pandai nak tebar dan nipiskan adunan tepung masa proses mencanai kulit murtabak ni. Hasilnya sebelah kulit nipis dan sebelah lagi terlebih tebal.

Bila kurang sempurna hasilnya ni, terasa nak cabar diri untuk cuba buat sekali lagi. Tapi mungkin dilain percubaan akan try murtabak inti daging/ayam pulak.

Kenapa susah-susah buat sendiri? ramai yang jual murtabak bulan puasa ni, beli je la kan?

Dah pernah beli, tapi tak da yang menepati piawaian anak tekak ni (kat sini la, kalau kat kampung ada yg menepati selera)  . Kebanyakannya inti lebih banyak kobis dari ayam/daging, ada yang lembik. Sampaikan dah malas nak cuba beli dengan peniaga lain. Lain orang lain citarasa, ada yang suka teksture lembik camtu, ada yang suka lebih kobis/kentang dari daging/ayam,  ada yang tak kisah lebih rasa telur dari rasa daging, malah kulit murtabak tebal seinci pun ada yang minat.

Sebab kepelbagaian citarasa tu la, saya mencari murtabak yang kena dengan selera sendiri. Rasanya kalau buat sendiri kita boleh adjust sesuatu resipi tu mengikut selera kita. First time tak jadi lain kali cuba lagi dan lagi sampai puas hati (^_^).

Resipi Kulit Murtabak


Untuk percubaan kali ni, saya guna resipi kulit murtabak dari Nurniezza. Bagi yang nak cuba boleh rujuk bahan dan cara membuat kulit murtabak di bawah. 

Kulit murtabak

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 cwn)
Cara-cara menyediakan kulit murtabak:
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hingga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan spt sebesar bola tenis....dan sapu sedikit marjerin ataupun minyak supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)

5 comments:

  1. malas betul nak tebar kulitnya....
    bestnya buat sendiri kan..kan..

    ReplyDelete
  2. last year husband ada kerja kat pahang dia bawak balik murtabak dari sana. tebal. lepas tu sedap sangat..makan satu pun da cukup kenyang..balik raya tahun ni nak singgah ke temerloh dulu cari murtabak.harap2 jumpa yg sedap mcm tahun lepas.. hehe..

    ReplyDelete
  3. nak buat sendiri alamatnya kena tunggu weekend la.. tak larat nak menguli hari kerja..

    ReplyDelete