Talam Cendol atau talam cendul


Dalam entry " Menu Berbuka puasa : Puding Cendol " ada sebut tentang nak buat talam cendol jugakan. So ni la hasilnya Talam cendol yang dibuat menggunakan cendol hasil tangan sendiri ( Rujuk entry "Homemade Cendol Resipi 2" untuk resipi Homemade Cendol)

Spesis kuih talam ni memang jadi kesukaan anak-anak, terutama kuih talam gandum gula merah. Tak tahu kat mana sedapnya kuih talam bagi diaorang tapi mamanya suka je. asal buat je, belum sempat sejuk lagi dah berebut nak makan.

Even kuih talam ni menggunakan tepung beras, tapi bebudak ni okey je. Tak de la beza mana rasa dengan kuih talam yang menggunakan tepung gandum.

Okey la , malas nak taip panjang-panjang, pada yang nak cuba boleh semak bahan-bahan dan cara membuatnya dibawah ni ya:

Resipi Talam Cendol Chef Hanieliza


KUEH TALAM CENDUL
Sumber : FB Chef Hanieliza

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras
4 s/b gula merah
4 s/b gula pasir
3 cawan air
1 s/k garam

Cara
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dlam kuali non stik dan kacau sehingga agak panas.
3. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan sedikit minyak.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan ini. Pastikan permukaannya kering.


Bahan Lapisan Atas
1 cawan cendul
1 cawan tepung beras
3 s/b tepung jagung
secubit garam
3 cawan santan pekat

Cara
1. Gaulkan semua bahan kecuali cendul supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan masukkan cendul.
3. Kacau diatas apai perlahan agak2 suam kuku.
3. Tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah yg telah dicakar. [Pastikan lapisan bawah tidak basah supaya lapisanan atas akan melekat dengan baik]
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment