Homemade Cendol Resipi 2


 Kali kedua buat cendol sendiri, tapi kali ni guna resipi homemade cendol yang lain pula. Untuk resipi yang mula-mula cuba dulu ada penggunaan 3 jenis tepung iaitu tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung ( rujuk entry " Resepi Cendol Homemade : Percubaan Pertama Kali " ) .

Kali ni resipi yang dicuba hanya menggunakan satu jenis tepung sahaja iaitu 100% tepung beras. Hasil untuk percubaan kali yang kedua ni juga lebih cantik dari percubaan pertama kali dulu. Tak tahu la sebab resipi atau sebab dah sedikit mahir  membuatnya (^_^)

Untuk resipi ni, penggunaan tepung beras tu boleh diganti dengan tepung jagung, dan kalau guna tepung jagung tak perlu dah nak letak kapur makan. Cumanya kalau guna tepung jagung ni ada perbezaan sedikit la kan dari segi tekstur dan rasanya tu.

Kebiasaannya kitaorang makan cendol dengan air gula merah yang dimasak dengan santan. Dulu-dulu memang time bulan puasa je jumpa cendol ni, sebab time bulan puasa la mak rajin buat. Tapi zaman sekarang ni tak kira masa, merata boleh jumpa air cendol, cuma bezanya antara sedap dan tidak , ori dan tak ori je.

Malah cendol ni pun boleh dipelbagai cara makannya kan, ada yg suka makan dengan santan putih diletak air gula merah, ada yang suka dicampur dengan pulut (Cendol Pulut) malah cendol ni pun sedap dibuat puding atau kuih talam kan.

Okey la pada yang rajin nak buat sendiri cendol , boleh rujuk resipi di bawah:

Resipi Homemade Cendol 

Homemade Cendol

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras-saya ganti tepung jagung
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur-tak letak
sedikit pewarna hijau (option)


Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. Kacau selalu supaya tidak hangit
  3. Sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
    (Note :   Kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang)
  5. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....


6 comments:

  1. sedapnye...rase nak wat juga lah..:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuk resepi cendol ni sis..smlm mak cikbintang wat air cendol sdri..tp cendol beli kt lur r..hehehe

    ReplyDelete
  3. buat sendirik?? tabik spring laaa!!

    ReplyDelete
  4. puas hati buat sendiri.......
    sedapnya cendol.........

    ReplyDelete
  5. rajin nyaaaaa buat cendol sendiri! :)

    ReplyDelete