Malam raya : Dah macam kat negara yang berperang pulak


Bagaimana malam raya (1 Syawal) kalian? Mesti meriah kan?

Kitaorang yang terbiasa dengan suasana sunyi terganggu juga dengan bunyi letupan mercun sebaik sahaja selesai berbuka puasa untuk kali terakhir. Masa tu terfikir juga:

  • Tak solat ke bebudak ni, ke belum baligh lagi tu yang pakat duk bakar mercun tak henti-henti tu. Tak pun mungkin diaorang berbuka dengan minum air pastu terus solat , dah selesai solat tu yang galak duk berlawan bunyi mercun siapa yang paling kuat. 

Husnul Dzon je la kan.

Cheh kekonon nak bersangka baik Padahalnya masa first terkejut dengan bunyi letupan mercun tu dah rasa nak melatah membebel macam kartun kat sebelah ni je. Rasa nak menyumpah-nyumpah biar meletup mercun kat jari yang main mercun tu.

Mana tak panas hati, waktu tu kan waktu maghrib, rasanya mana-mana yang tgh bersolat tu boleh terkejut. Kalau dah bising dengan bunyi mercun yang tak henti-henti camtu nak khusyuk pun susah. Kalau 40 orang rasa terganggu dan doakan yang tak baik, memang tak pelik kalau ada mercun yang tetiba meletup kat tangan. 

Tapi kan , bila berada dalam situasi kebisingan camtu, tetiba rasa bersyukur sangat. Bersyukur sebab kita cuma dengar bunyi mercun sahaja. saudara seislam kita yang duduk di negara yang bergolak tu tak tahu la macam mana kehidupan diaorang. Bunyi tembakan bertalu-talu tu dah lali agaknya ditelingan diaorang. Hidup dalam ketakutan, bunyi tembakan, dan percikan darah merata di tanah dan lantai.

Semoga negara kita sentiasa aman, dan semoga mereka-mereka yang galak bermain mercun akan sanggup memikul tanggungjawab memegang senjata jika diperlukan. Siapa lagi yang kita nak harapkan, jika sebahagian dari yang bergelar lelaki ada yang hidup disebalik tembok penjara, dipusat pemulihan dan terbelenggu dengan dadah dan seumpamanya.

Note : Syawal ke-11, masih ada yang galak bermian mercun lagi ke?

2 comments:

  1. masa beraya kat kampung suami takde la galak sangat.. sesekali je..lagi pun sepupu husband tak ramai mana..ramai yg dah besar2..so yg kecik2 main bunga api je..hehe..

    selamat hari raya aidilfitri ana..

    ReplyDelete
  2. kat umah ni...dgr esok posa berdentum-dentum...nak marah tak tak larat...

    ReplyDelete