Menu Berbuka puasa : Puding Cendol


Puding Cendol ni juga dibuat menggunakan cendol di entry "Homemade Cendol Resipi 2". Saje pelbagaikan menu berasaskan cendol, sambil perabihkan baki cendol yang tak habis.

Bahan asasnya tak banyak mana plus mudah je nak membuatnya. Pada yang ada lebihan cendol boleh cuba resipi puding cendol ni pula.

Cam puding yang saya buat ni, tak berapa nampak cendol tu sebab cendol tu sendiri tak hijau mana warnanya. Cendol 100% hijau dari daun pandan tanpa ada penambahan pewarna hijau, mesti sedikit pucat warnanyakan. Dah tu pula, tak cukup susu cair, so teksturenya lain sedikit dari yang sepatutnya.

Untuk makluman resipi ni ada dalam  Buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza . Saya cuma buat separuh je dari resipi dibawah ni sebab nak cuba buat talam cendul juga.

Resipi Puding Cendol

PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA

Bahan-bahan:-
  • 10gram serbuk agar-agar
  • 1 liter air (anggaran 5 cawan)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair 
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah
Cara-Cara:-
  1. Masakkan agar-agar, gula dengan air sehingga mendidih.
  2. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
  3. Panaskan 1/3 bahagian, dan masukkan gula merah. 
  4. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
  5. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
  6. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
  7. Kacau rata dan tuangkan perlahan-lahan atas adunan gula merah dan sejukkan.
  8. Hidangkan.

2 comments:

  1. nampak senang tapi xde masa lagi nak buat.hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya...tgk gambar [un dah rasa sedap =) tak pernah lg buat Puding Cendol

    ReplyDelete