Penjelasan status Majalah mangga menurut Syara'


Pernah baca Majalah Mangga?

Soalan : Mohon penjelasan berkaitan status majalah "mangga" menurut Syara'

Jawapan (Secara umum) : Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.


Bagi yang pernah selak helaian demi helaian majalah mangga mesti fahamkan kenapa majalah tersebut yang dihighlightkan dalam pertanyaan tersebut diatas.

Ada yang labelkan Majalah mangga ni seperti Majalah "playboy versi malaysia" sebab rasanya dari zaman dulu lagi, kolam renang jadi port wajib sesi fotografi, bergambar dengan baju basah, pakaian yang menjolok mata,  biasa lakan dipaparkan kat dalam majalah tu. Tu dulu la, sekarang ?

Ikutkan majalah lain pun banyak juga menayangkan gambar wanita seksi yang terdedah sana terdedah sini. Tak perlu tengok kat majalah pun kat surat khabar pun berlambak kan? So rasanya ayat

"Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat"

bukan sahaja perlu di beri perhatian kepada majalah hiburan semata, malah surat khabar, bahan bercetak yang lainnya termasuklah entry dari kita yang bergelar blogger ni juga termasuk dalam kategori " Mana-mana penerbitan " tu juga kan?

4 comments:

  1. banyak majalah & suratkhabar bertaraf sampah di malaysia ni..
    -tayang soft porn/sexual contents
    - berita yang tak layak jadi berita

    ReplyDelete
  2. dulu kecik2 ada jugak saya baca majalah ni (kakak beli)..tapi realize.. teruk sangat.. tiap kali pun nak kena tayang body..benci jadinya.. tu belum kira iklan yang cerita sampai ke bilik tidur..hish!

    ReplyDelete