White Hippo in the mud


Badak berendam jika ditranslate dalam BI ikut kamus suka hati, " White Hippo in the Mud ", boleh camtu? (^_^)

Actually tak tahu pun apa nama kuih ni, versi badak berendam kukus la kot?

Buat ni atas permintaan Safiyya, kebetulan uwan dia ada beri gula kabung masa balik kampung awal ramadan dulu, selagi tak buat selagi tu la berbunyi minta dibuatkan.

Kalau resipi badak berendam, intinya inti kelapa ,  dan cara masaknya direbus dalam air mendidih, kemudian diangkat dan ditoskan baru dimasukkan kedalam kuah santan (dadih santan).

Versi yang saya buat ni bezanya berintikan gula kabung dan cara memasaknya dikukus didalam daun pisang kemudian dimasukkan santan dan dikukus lagi sehingga santan masak. Actually boleh juga letak inti kelapa, tapi budak-budak ni lagi suka inti gula kabung.

Kalau tengok kat gambar atas ni tak banyak sangatkan santannya? Tu faktor susun bebola tepung tu rapat, so ruang untuk santan tu kurang. Kalau nak tengok white hippo in the mud versi banyak santan boleh ke entry " Selama ni pandai makan jer.. ".

Resipi?

Lebih kurang sama je dengan bahan-bahan nak bancuh dan cara nak buat bebola untuk kuih melaka tu. Untuk santan tu pula, sama macam santan untuk Kuih talam tepung gandum gula merah tu juga, kepekatan santan ikut suka, kalau suka cair buat cair sikit, kalau suka pekat cam gambar kat atas ni buat la pekat sikit.

Atau boleh juga rujuk resipi kat bawah ni :

RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Kuih Badak Berendam
Resepi Asal : Kak Besah, Myresepi

Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
2 cawan tepung pulut
lebih kurang 11/2 cawan perahan air daun pandan.
1/2 sudu teh garam


inti kelapa secukupnya -
cara mmbuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde

Bahan2 utk dadih
21/2 cwan santan, 2 sudu tepung beras & 1/2 sudu teh garam
3 helai daun pandan


Cara-cara
campurata semua bahan2 utk dadih, lalu dikacau atas api hingga pekat.lebihkurang 10 mnit - ketepikan.
bulat2 kan inti kelapa.ikut suka la nk besar @ kecil
campurkan garam dgn air pandan & gunakan campuran itu utk menguli tepung pulut hingga mnjadi doh yg boleh dibentuk.
ambil sedikit doh, bulat2 kan lalu dileperkan. letakkan inti dlm nya dan dikelim rapat. buat hingga habis. letak atas plastik agar x melekat.didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.pastu masukkan 'badak2' (bola2 pulut la hehe..) kedalamnya.
bila kesemua bola2 timbul/terapung, biar mendidih 3,4 minit barulah di angkat & ditos kan.
terus masukkan kedalam dadih tadi..
siap utk hidangan family tersayang..sejukkan dulu jika suka :)

3 comments:

  1. salam ana..senyum sorang acik baca tajuk kuih ni he he..

    ReplyDelete
  2. gula kabung yang warna putih tu kan ana..saya dari awal ramadhan teringin nak makan.. nampak gayanya kena buat sendiri la..da lebih dari tengah ramadhan ni..hehe..

    ReplyDelete
  3. jarang buat putih, selalu buat kaler hijau....
    time posa ni semua teringin nak makan.........

    ReplyDelete