Bagaimana korang jaga mata korang?


Ada tak korang dari pagi tadi asyik mengadap laptop je, sampai mata pun dah terasa kurang selesa?

Pasti ada kan, bagi yang bekerja dan kerjanya  memerlukan dia duk menghadap PC/laptop, even blogger tegar dan blogger trafic hunter pun, banyak masanya dihabiskan kat depan lappy.

Dulu dalam entry berkaitan mata , ada saya kongsikan doa dan cara mengatasi  rabun mata ( rujuk entry "Rabun Mata : Doa dan cara mengatasinya" ) Kali ni entry ini juga berkait dengan hal mata. Kali ni nak kongsi tips cara menjaga mata berpandukan pada gambarajah di bawah ni:

Psssttt : kalau kurang jelas klik pada gambar untuk view lebih besar


Cara menjaga mata :

  1. Duduk tegak di atas kerusi sambil , gosok kedua-dua tapak tangan sehingga terasa panas. Ini akan dapat merehatkan mata anda.
  2. maintain atau jaga kedudukan jarak mata dengan screen pc anda pada jarak lebih kurang 40 - 60 cm. untuk mengelakkan ketegangan otot-otot mata anda.
  3. Berehat. adalah dicadangkan mengikut konsep 20-20-20 , setiap 20 minit , dapatkan rehat 20 saat dan pandang pada sesuatu yang jaraknya 20 kaki dari anda.
  4. Jika anda memakai contact lens, seeloknya pakai untuk tempoh 10 - 12 jam.
  5. Percikkan air ke  muka sekurang-kurangnnya 2 kali sehari , untuk kesegaran 
  6. Kerap kerlipkan kelopak mata untuk mengelakkan mata dari kering 

3 comments:

  1. Perkongsian yang menarik.. Thanks for sharing! Akan diamalkan..

    ReplyDelete
  2. BAGUS NI..BOLEH DIAMALKAN =)

    SALAM KENAL..

    JOM JOIN GA NI

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/8th-giveaway-umiyumi2.html

    ReplyDelete
  3. benda baik selalu tak rajin atau lupa nak amal..

    ReplyDelete