Disebalik tarian Gangnam style ,


First tahu kewujudan fenomena gangnam style ni dari status FB kawan awal syawal dulu. Masa tu buat tak kisah pun, sebab dari perkataan gangnam tu dah boleh agak, artis korea la tu. Masa tu ingat k-pop biasa je. So memang tak ambil pusing langsung.

Tapi makin hari ke hari makin banyak pulak la yang memperkatakan tentang gangnam style. Siap ada yang buat video versi sendiri, "kampung style". Tapi masih buat tak kisah jugak. Even dah tengok sedutan video klip gangnam style kat TV pun, tak juga rasa nak tengok.

Sampai ke satu tahap, ramai pulak blogger yang memperkatakan tentang gangnam style ni. So dari situ rasa perlu juga ambil tahu apa ke benda la yang sebenarnya video tarian yang heboh duk diperkatakan seantero dunia dan semakin menjadi ikutan anak-anak melayu islam kita ni.

Bila dah tengok video gangnam style di youtube, pelik juga kenapa la tarian camtu boleh menjadi ikutan? Hmmmm mungkin faktor musiknya juga kot.

Cuma satu pendapat saya dari awal tengok video tu ialah video ni ada unsur lucah, perempuan seksi dan sebagainya. Lirik dah memang tak faham la kan. Satu lagi masa tu dah rasa sedikit pelik kenapa kandang kuda? Oooo gaya tarian dia tu ala-ala gaya tunggang kuda eik.

Then bila terbaca satu artikel tentang gangnam style (rujuk artikel " BUAT SEMUA YANG MEMPROMOSI TARIAN "GANGNAM STYLE" : DIRAYU UNTUK DIHEBAH ") baru la tahu maksud lirik lagu tu dan juga aksi tunggang kuda tu dikatakan ada kaitan dengan aksi seks.

Sedikit perenggan dari artikel tersebut ;

"...... Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood......"

Harapnya jangan la ada yang terikut-ikut sangat dengan gaya gangnam style tu ya. Atas apa sebab sekalipun seeloknya kita jaga akhlak kita sebagai seorang islam. Apa yang elok kita ambil, apa yang terang-terangan tak elok sebaiknya ditinggalkan.

5 comments:

  1. aah kan kak, berunsur lucah. amie mula2 ingat oppa gangnam ni mcm video sesuatu yg hebat la sgt. rupanya hampeh je.

    ReplyDelete
  2. kat mana yang best sgt video tuh tak tahu lah.. tengok jugak hari tu skali.. cam tak de pape pon.. menyampah lagi ade laaa.. urmm..

    ReplyDelete
  3. gitu yerk.. tak taupun ingatkan pun k-pop..biarkanlaer...
    dulu2 zaman break dance...

    ReplyDelete
  4. entahhapehapentah... tarian hodoh giler..... tapi penyanyi dia muka lawak...

    ReplyDelete
  5. sebenarnya tarian gangnam ni memang PSY reka untuk meghina orang2 kaya di gangnam kerana sebenarnya di korea ada satu pertandingan di mana ada 30 orang perempuan yang menyertai pertandingan ini.antaranya perempuan2 ini dikehendaki untuk menuggang kuda sambil berpakaian seksi,memakai skirt dan kasut tumit tinggi..kemudian ada orang2 kaya ini akan melihat mereka dari satu tempat. kemudian mereka juga akan menempuh pelbagai halangan demi untuk mendapatkan hadiah berjuta juta USD dari golongan kaya ini.namun realitinya ada yang mati disebabkan pertandingan ini.

    ReplyDelete