Kuih Paberet anak teruna ku....


Kali ketiga buat Kuih Bahulu sendiri. Acuan dah ada rugi kalau duk terperap je kan, sesekali boleh la duk melayan bakar bahulu ni. Bukan apa renyah juga nak membakarnya, tambah pulak acuan kecik je. Satu adunan mau berjam nak menyiapnya.

Satu hal lagi, asal masak je keluarkan dari acuan, terus di ngap, 4 round pertama  bakar bahulu ni tak sempat nak simpan terus habis . Cam tak nampak hasil je pulak. Bakar habis bakar habis.

Tapi puas hati, tu menunjukkan bahulu menjadi dan sedap untuk di ngap lakan.... Kalau zaman kecik-kecik dulu, rasa kesian tengok mak duk bakar bahulu. Time tu bakar guna arang, sabut kelapa dan api nak kena sentiasa dijaga. Satu hal yang paling tak berkenan time nak pukul telur. Zaman dulu guna pemukul telur yang besar , guna kederat tangan je pun. Memang bergilir la duk pukul telur tu, satu tempayan besar, tah berapa biji telur pun tak tahu la. Yang pasti sampai lenguh-lenguh la tangan membuatnya.

Zaman sekarang dah moden kan. Mana-mana yang buat jual kuih bahulu ni, susah dah nak jumpa yang betul-betul dibuat guna kaedah asli. Rata-rata dah guna oven, ada beberapa kerat je peniaga yang masih kekalkan bakar bahulu guna cara tradisional.

8 comments:

  1. hehehe..maksudnya sedap la tu kuihnya.. kadang2 bercinta nak buat kuih yg kecik2 ke biskut ni.. sbb buatnya lama..tapi yg ngabiskannya tu kejapp je..tapi puas hati la kan..

    ReplyDelete
  2. ada lagi yg guna arang tu kalau kat trg kan..eliss suka bahulu nisan tu..aduhai..terliurnya panas2 :)

    ReplyDelete
  3. kuih ni org tua pun feberet hehehe
    i

    ReplyDelete
  4. yupp.. anak2 akak pun suka, cecah dengan air ribena.. tapi bezanya bukan buat sendiri tapi beli kat mamat bangla kat carrefour!.. bangla ke?

    akak last makan bahulu tradisional time nenek masih hidup.. lepas nenek tiada, acuan tembaga dia kena curik dengan budak2 nakal kat kampung sbb rumah peninggalan nenek tinggal kosong...

    ReplyDelete
  5. Sedak yang tradisional ter la...

    ReplyDelete
  6. pandai ana buat bahulu. Yus tak pandai...huhu. Kecik2 dulu pernah gak kacau nenek pukul adunan nak buat bahulu tu. Memang penat....

    ReplyDelete