Kisah kari ayam kaweh...


Sesekali keluar loghat pahang, agak-agak korang yang bukan asal pahang boleh faham tak maksud perkataan "KAWEH" ?

Hehehe...

Bagi yang tak tahu, kaweh tu maksudnya saya. Nanti la ada masa saya story mory sikit tentang loghat pahang eik. Tuk entry ni just nak kongsi cerita tentang kari ayam je.

Oppsss bukan nak story asal usul kari ayam. Bab sejarah ke asal usul sesuatu masakan/makanan ke memang saya failed la. Rasanya korang lagi arif kot bab-bab kari ni kan?

Yang saya tahu, kari ni ada macam-macam jenis kari, kari ikan..kari ayam..kari daging..kari telur.. kari india.. kari melayu.. kari filipina... kari korea..kari jepun..kari thai..hmmmm kari apa lagi eik?

Tapi yang pasti setiap kari tu ada rasa yang tersendiri la kan....

Cam saya dari kecik jarang jumpa dengan masakan jenis kari ni. Rasanya kalau ada jumpa pun time kenduri kahwin je kot. Mak  saya memang jarang masak kari, selalunya kalau ayam ke daging ke atau ikan sekalipun selain goreng, mak selalu buatkan masak gulai kuning tu je.

So, sebab tak dibiasakan dengan masakan kari dari kecil, tak biasa tengok orang masak kari dan memang tak de bakat langsung dalam bab masak-memasak, bila dicabar oleh yang tersayang untuk masakkan kari, nak tak nak kena la masak jugakkan.

First kari ayam yang dibuat, hasilnya tak de rupa kari langsung, dah macam rupa ayam masak kurma je, tu komen ikhlas dari my hubby la kan. Tak putus asa cuba lagi, kali yang kedua ada la dah rupa kari ayamnya, komen dari hubby pun sedikit positif . Kali yang ketiga, cuba buat kari ayam tanpa santan, hubby tegur tanya kenapa lain, bila cakap tak letak santan, dia angguk je, nampak okey je makan tapi dari riak muka tu, faham-faham sendiri je lakan.

Sekarang hasil kari ayam kaweh macam dalam gambar kat atas tu la, tak seperfect kari orang lain tapi hasilnya jauh lebih baik dari percubaan pertama kali dulu. (^_^)

Psssttt .... Korang pulak ada tak kisah yang berkaitan dengan kari ayam ke atau sebarang jenis kari lainnya?

Resipi kari ayam

Resipi kat bawah ni la resipi yang saya guna sebagai rujukan untuk masak kari ayam. Bagi yang senasib dengan saya yang baru nak belajar masak kari ayam boleh la rujuk resipi dari chef hanieliza ni ya.

Kari Ayam
Sumber : Buku 1 hari 1 resipi , 365 resipi istimemewa Chef Hanieliza

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sudu makan rempah kari ayam/daging
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk cili/cili kisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • 4 biji kentang (dipotong 4)
  • 3 biji tomato (dipotong 4)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam secukupnya
  • Bahan tumis
    • 6 biji bawang merah (dihiris)
    • 4 ulas bawang putih (dihiris)
    • 2 inci halia
    • 3 tangkai daun kari
    • 2 inci kulit kayu manis
    • 5 kuntum bunga cengkih
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
Cara membuatnya :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi
  2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan serbuk cili/cili kisar yang dibancuh dengan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam, kentang, santan, kerisik dan garam. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk.
  4. Perlahankan api dan masukkan tomato. biarkan sehingga pecah minyak.

No comments:

Post a Comment