Nasi kuning Secubit Garam


Sesekali bila terasa mahu ubah citarasa lari dari kebiasaan masak nasi putih, menu nasi kuning ni boleh la dipertimbangkan.

Menu yang simple dengan bahan yang mudah didapati , sedap dan tak muak untuk dimakan. Even kalau tak nak letak pewarna kuning pun, okey je, bukan ada kesan pada rasa pun kot.

Actually menu nasi kuning ni buat untuk berbuka puasa last month lagi dah. Hampir sebulan jugak la gambar nasi ni terperap kat bahagian draft, sampaikan ingat-ingat lupa je, apa lauk pelengkap yang digandingkan dengan nasi ni. Kalau tak silap just buat tumis merah ayam je kot, dan juga sambal belacan mangga muda.

Resipi  Nasi Kuning?


Kalau buat carian di search engine dengan keywords Nasi kuning, korang boleh jumpa pelbagai versi nasi kuning. Untuk makluman korang, resipi yang saya cuba ni saya guna resipi Nasi Kuning dari K.Nor secubit garam. Ada peluang nanti nak cuba gandingkan dengan lauk gulai ikan tongkol seperti yang dicadangkan oleh pemilik resipi nasi kuning ni.

Untuk resipi korang boleh rujuk kat bawah atau boleh ke link blog pemilik resipi tuk tengok gandingan pelengkap untuk nasi kuning ni.

NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
  • 4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum cengkih
  • 1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 1inci halia ~ diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • garam
  • sedikit pewarna kuning
  • air ** ( sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. )
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu minyak

Cara membuatnya:
  1. Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
  3. Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
  4. Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
  5. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
  6. Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  7. Masukkan garam dan pewarna kuning.
  8. Masukkan beras dan biarkan seketika.
  9. Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

3 comments:

  1. Saya kalo nasi kaler2 ni tak brani nak buat, tkut nti tak hbis atau HB tak makan,anak2 lagi la... Kalo nk buat pun, time blik kg je, ajak kak ipar buat.. Hehe.. Kira awak ni rajin la.. :-)

    ReplyDelete
  2. nasi kuning nie sdp mkn ngan ayam masak merah+acar timun.

    brtambah2 makannya.

    ReplyDelete
  3. eh, macam nasi yg sy masak semalam tp sy xletak daun pandan sbb xde..lauk sy masak ayam masak merah..:)

    ReplyDelete