Banyak-banyak sambal, sambal apa yang korang paling suka?


Minat makan sambal mentah tak?

Tak kira la sambal tempoyak ke, sambal belacan ke sambal hitam ke atau apa jenis sambal sekalipun yang mana satu menjadi kesukaan korang?

Saya?

Tiada satu pun... hehehe tekak memang tak de rasa nak cuba apa jenis sambal pun. Selalu buatkan untuk hubby je. So jangan ditanya la rasanya camna atau sedap ke tidak sambal belacan mangga muda ni ya. Memang tak jamah langsung (^_^)

Even ramai orang-orang disekeliling yang kata, sambal ni penambah selera makan. Kalau dapat pekena sambal dengan nasi panas sampaikan " mertua lalu belakang pun tak perasan" kata orang la kan, nak menggamarkan betapa nikmat dan sedapnya tu. Tul ke?


RESIPI SAMBAL BELACAN MANGGA MUDA
Sumber  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional

Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.

5 comments:

  1. assalam ana..acik tengok gambar sambal pun terliur ni

    ReplyDelete
  2. iya,kak. klu pekena sambal+nasi panas, mmg brtambah2 la mknnya.

    ReplyDelete
  3. kita sambal kalau tak de tak per janji ada budu.hehehehe

    ReplyDelete
  4. sy paling suka sambal ni. nak2 dengan mangga muda ke

    ReplyDelete