Drama Trilogi Cinta 2 TV1



Drama trilogi Cinta 2 mula bersiaran pada 6hb September 2012 (Khamis) pukul 10 malam. Drama kesinambungan dari drama Trilogi Cinta berkisar tentang kisah rumah tangga Norjinah & Razif , juga persengketaan antara Norjinah & adiknya Norseha. Sedikit sinopsis Drama Trilgi Cinta 2 dari FB Tv1 :
SETAHUN selepas Norseha melahirkan anaknya. Sengketa Norjinah dan Norseha terus berpanjangan. Norjinah masih belum dapat memaafkan adiknya. Setiap kali bersemuka dengan Norseha kebencian dan kemarahannya muncul. Dia tidak mahu berjumpa Norseha langsung. Setiap kali Norseha datang ke rumahnya dia tidak mahu keluar bilik. Puas Razif memujuk Norjinah tegas dengan pendiriannya. Baginya Norseha mudah lupa diri, tidak takut dosa dan mengikut kata hati. Namun sesekali Norjinah merasa bersalah kerana gagal menjaga Norseha.


Sinopsis Episod 4 (  Online Video )
Norjinah semakin murung. Dia tidak banyak bercakap. Setiap saat Norjinah memikirkan dosa besar yang dilakukan oleh Norseha dengan Sharul.


Sinopsis Episod 3 (  Online Video )
Norseha tertekan dengan keadaan yang berlaku. Dia kembali trauma dan membenci dirinya sendiri. Badrul tetap menjadi mangsa kemarahannya.

Sinopsis Episod 2 (  Online Video )
Permusuhan kedua-duanya sampai ke kemuncak. Majlis perkahwinan Anuar dengan Hartini menjadi kecoh gara-gara pertengkaran kedua-duanya. Majlis perkahwinan yang berlangsung menjadi huru-hara dan terpaksa dihentikan atas sebab pergaduhan di antara Norjinah dan Norseha ketika pengantin bersanding. 


Sinopsis Episod 1 ( Online Video )

Norjinah masih menunjukkan sikap dingin terhadap adiknya Norseha, akibat daripada peristiwa lama yang pernah berlaku ke atas hidup mereka. Norjinah langsung tidak mahu melawat Norseha yang baru melahirkan anak walau Razif meminta berbuat demikian.

Norseha pula tidak dapat menerima kehadiran anak yang baru dilahirkannya. Seha menunjukkan rasa benci terhadap darah dagingnya sendiri. Badrul pula cukup baik melayan kerenah Seha. 

Mak Nab, masih belum dapat menerima kehilangan suaminya. Mak Nab masih terasa suaminya sentiasa ada bersama.


1 comment: