Adam dan Hawa Episod 13, 14, 15 & 16


Minggu lepas banyak adegan nangis nangis dan nangis. Bagi yang pernah membaca novel mesti boleh agakkan, sinopsis untuk minggu ke empat ni. (Sinopsis untuk lain-lain episod rujuk entry " Drama Adam dan Hawa di astro " )

Jika lihat pada video promo untuk episod 13, 14, 15 & 16 :

  • Adam dan ibunya pergi ke rumah Ain
  • Ain dapat tawaran sambung belajar ke australia
  • Adam mencari Ain di Australia
Selainnya boleh lihat di bawah:

Sinopsis Episod 13
(Episod 13) - Normah tak setuju dengan permintaan Ain walaupun tak sanggup dengan peristiwa yang melanda keluarganya.

Kak Zah tak sangka mamanya terima keadaan seadanya tapi yang merungsingkannya,  Adam langsung tak ambil kisah hal rumahtangganya…hanya membiarkan ia berlalu sahaja.

Adam sengaja sakitkan hati Dee dengan cerita rumahtangganya sehingga Dee jadi tak keruan..haru biru dibuatnya. Dee mula rancang yang bukan-bukan untuk dapatkan Adam. Dee paksa mummynya pujuk Maria untuk satukan Dee dan Adam dan minta Maria paksa Adam ceraikan Ain.

Ain pula tetap berkeras untuk bercerai dengan Adam. Mula terdengar suara-suara sumbang dari orang kampung berhubung kes khalwat Ain. Ain tetap tak boleh terima Adam dalam hidupnya, terutama perangai Adam yang suka berpoya-poya.

Adam langsung tak kisah tentang rumahtangganya, bila ditanya oleh Maria. Maria tak kisah kerana semuanya dah berlaku tapi sekarang sebagai suami Adam kena tahu erti tanggungjawab dan tak sepatutnya biarkan Ain sendirian. Adam tetap pertahankan haknya. Bukan salah dia kerana Ain yang tinggalkannya.

Dalam kemelut yang berlaku, Ain akhirnya dapat tawaran belajar ke luar Negara..Ain nekad untuk terima tawaran itu…jauh dari semua.. dan tinggalkan kisah hitam dalam hidupnya.


Sinopsis Episod 14



(Episod 14) - Normah tak sangka mama Adam seorang yang baik dan terima keadaan seadanya. Normah kini berharap dan memujuk Ain tak terima tawaran belajar dari luar Negara. Namun Ain tetap dengan pendiriannya.

Ain tetap tak dapat terima hakikat dirinya kini isteri orang dalam usia yang begitu muda sekali. Adam mula rasa `kehilangan` ain tapi egonya lebih mengatasi. Mempersoalkan tanggungjawab Ain sebagai seorang isteri.

Dee yang masih tak serik-serik untuk memenangi hati Adam, sedaya upaya memujuk Adam dan keluarga  untuk menerima dirinya. Yang mengejutkan Dee sanggup jadi isteri kedua Adam.

Ain berat hati untuk berjumpa dengan mama Adam. Dia langsung takda perasaan cinta pada Adam kerana selama ni dia hanya `suka`Adam dan yang utama Ain tetap tak dapat terima kenyataan.

Ain bersemangat membuat persiapannya ke luar Negara. Berdegil dengan keputusannya. Ain mencoret sesuatu pada diarinya dan meninggalkannya ibarat meinggalkan semua kenangan pahit dalam hidupnya dan takkan menoleh ke belakang lagi. Cik Ted tetap di hati Ain.

Adam nekad takkan menceraikan Ain melainkan Ain sudah ada pengantinya…ego Adam..!!


Sinopsis Episod 15


(Episod 15) - Adam dan ibunya pergi ke kampung Ain berjumpa dengan ibu Ain


Sinopsis Episod 16



(Episod 16) - Ain terserempak dengan mak dan kakak Adam.Apakah yang dibualkan oleh mereka?

1 comment: