Adam dan Hawa Episod 5, 6, 7 & 8


Korang mengikuti tak drama bersiri adam dan hawa?

Camna dengan minggu pertama (episod 1, 2, 3 & 4) yang lepas. Best tak pada korang?

Okey la just nak kongsi video promo dan sinopsis  untuk minggu kedua bagi episod 5, 6, 7 & 8 dibawah ni je.




Sinopsis Episod 8


(Episod 8) -  Ain mula mendapat idea dengan mengumpan Sharina untuk menggantikannya membantu Adam kerana Ain tahu Sharina pasti akan sanggup buat apa sahaja demi dapat bersama dengan Adam walaupun dia berada dalam keadaan yang sakit.

Lebih kecoh apabila isu Adam dan Ain yang membuat temu janji mula tersebar di Tadika Puncak Ilmu. Ini lebih menambahkan kemarahan CIkgu Zauyah tentang isu tersebut.

Apakah yang bakal terjadi nanti tentang selepas berita tersebut tersebar di tadika tempat Ain mengajar?


Sinopsis Episod 7



(Tonton episod 7) -  Kah Zah cuba mencungkil rahsia hati Ain terhadap Adam tetapi sedaya upaya berdolak dalih tentang isu cinta mereka berdua. Dia juga takut jikalau Kak Zah mula memandang serong padanya.

Sementara itu Sharina, sepupu kepada Ain masih tergila-gila kan Adam dan sering becerita tentang lelaki pujaannya itu. Perkara tersebut membuatkan Ain tidak mula merasakan seolah-olah itu adalah tanda peringatan supaya ‘jangan menganggu Adam’.

Adakah Ain akan meneruskan niatnya untuk mengenali hati budi Adam selain merapatkan hubungan persahabatan mereka?

Sinopsis Episod 6


(episod 6) -  Ain tekejut apabila melihat sesuatu di atas mejanya. Yang pasti benda di atas meja Ain membuatkan dia tersenyum riang. Adam pula semakin selesa dan tidak mahu mengaku bahawa dia yang meletakkan hadiah tersebut di atas meja Ain.

Sementara itu, Maria yang juga mama kepada Adam mula merasa tidak senang hati dengan tingkah laku Dee yang mahukan Adam meminangnya secepat mungkin. Perbuatannya itu membuatkan Maria semakin marah dan tidak selesa kerana berani memaksa Adam secepat mungkin mengikat pertalian yang sah antara mereka berdua.

Apakah yang akan dilakukan Adam untuk memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Ain dan Dee? Mampukah Adam melakukan sesuatu untuk terus mengekalkan persahabatan nya yang semakin akrab dengan Ain?


Sinopsis Episod 5

(Tonton Episod 5) - CIkgu Zauyah mula menunjukkan iri hati kerana Ain dan Adam mula rapat di antara satu sama lain. Perkara tersebut menimbulkan perkara kurang senang antara Cikgu Zauyah yang mula memburukkan Ain dan Adam kepada Dee.

Ain pula tidak mahu hubungan intimnya bersama Adam disalah erti kerana tidak mahu jatuh cinta dengan Adam yang sememangnya diketahui seorang ‘playboy’.

Selamat Menonton!

9 comments:

  1. assalam ana..satu eposode pun belum tengok ni..terima kasih share disini..dapat la tengok

    ReplyDelete
  2. ingatkan adam dan hawa yang orang bunian tu..

    ReplyDelete
  3. kalau novel mayang dah baca novel dia dulu... mmg bes ler... sekarang di adaptasi kat tv lak ... harap2 best jgn jadi cam drama bicara hati udah.. tersimpang jauh dari dalam novel tu...

    ReplyDelete
  4. Ty harap admin teruskan 80episod tu eh ^^ suke sgt citew ni like novel ^^ kami takda duit nak lanngan beyond ritu ckp astro mustika jew last2 kena tukar beyond mahal dah manew dew duit

    ReplyDelete
  5. Cite ni mmg best giler...dh tu plk heronyer aron aziz...mantop!...tp nape ler tk wat sejam 1episod...bru nk feel dh abih...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Asalamuailaikum knper episod 7 takelh tngok eh?admin yg disayangi blh tolong fix tak plese plese plese plese

    ReplyDelete