Bahaya alahan telur


Info gambar : Bayi berusia 7 bulan dimasukkan
ke hospital akibat 
alahan telur
 Syukur setakat ni anak-anak belum ada apa-apa alahan, dan minta dijauhkan dari mendapat apa sahaja alahan.

Dulu masa mula-mula nak perkenalkan makanan pepejal dekat Safiyya memang "terover" berhati-hati. Ya la anak first kan, semuanya baru bagi kita dan setiap info yang kita baca kita cuba praktikkan.

Tu termasuk la info berkaitan alahan dan kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan alahan tertentu. Salah satu darinya alahan terhadap telur. Even kedua-dua belah keluarga kitaorang tiada sebarang alahan, tapi berhati-hati tu perlu kan.

Memang praktikkan hanya beri:
  • Kuning telur waktu anak masuk 8 bulan 
  • Manakala putih telur pula bila anak dah masuk umur  12 bulan (setahun)
Tu kalau keluarga bayi yang tiada history alergi pada telur la kan. Bagi yang memang ada dikalangan ahli keluarga mempunyai alahan telur seeloknya kalau nak cuba try bagi bayi makan telur pun biar la selepas bayi dah berumur setahun. Tu pun just suapkan amaun yang sedikit dulu, then pantau takut kalau ada gejala alahan seperti ;
  • Asma 
  • Cirit Birit
  • gatal-gatal (muncul di sekitar mulut, bibir dan tekak)
  • Mual 
  • Muntah 
  • Dan Lain-lain
Selain telur makanan yang juga boleh mengakibatkan alahan ialah :
  • Susu 
  • Telur 
  • Kacang Peanut , Walnut, cashew
  • Makanan yang mengandungi kacang
  • Ikan 
  • Kerang 
  • Soya
  • Gandum 
  • dan lain-lain
Sebagai ibu sentiasa pantau dan ambil tahu apa yang anak-anak kita makan. Mana la tahu ada certain makanan yang kita tak sangka pun boleh menyebabkan alahan pada anak kita. Bila kita tahu apa yang anak kita makan, kalau terjadi alahan sehingga perlu kepada rawatan oleh doktor, at least kita boleh inform terus kat doktor kan. Memudahkan doktor untuk beri rawatan dengan segera juga kan.



6 comments:

  1. haah..saya pun aware pasal alahan telur ni masa aqil dulu..so saya agak jaga pengambilan telur dia..tak rushing pun nak bagi makan benda2 yang bertelur kat baby kan.. so tunggu je lah sampai at least setahun..banyak lagi makanan lagi boleh bagi..

    ReplyDelete
  2. nauzubillah..kitorg pun sama. dh besar sket baru bg telur. beli telur yg mahal lak tu sebab takut pape jd nnt

    ReplyDelete
  3. anak buah hubby alah dgn telur.......
    sbb mummynya masa pregnant selalu minum soya....ada betulnya juga
    saya dah tengok kesannya macamana cian.....

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. setakat nih anak2 x de alah pada ape2 makan lagi..
    tapi mmg bahayakan~ kena hati2 bagi makan ape2 kat anak kecil~

    ReplyDelete
  5. anak sy yg kecik alah air milo.... kesian dia bila tengok je abg dia minum milo...

    ReplyDelete