Minta izin suami untuk berpuasa



Si isteri : " bang esok nak puasa boleh?"

Si suami : " tak boleh.."

Si isteri : " la nape pulak tak boleh.. bukan ada apa-apa pun esok"

Si suami : " mana tahu esok abang tetiba rasa nak ajak makan kat luar ke, nak jalan-jalan ke"

Si isteri : " ya la tu, bukan dekat nak upsr ni abang sibuk ke? (^_^).... boleh la eik"

Si suami : " tak boleh!!!!............. boleh (^_^)"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perlu ke minta izin suami kalau nak berpuasa, hatta puasa ganti (puasa qadha)  sekalipun? 

Bulan syawal ramai diantara kita yang ambil peluang untuk melakukan puasa sunat 6 kan?
Tapi adakah kita ambil berat bab minta izin terlebih dahulu dari suami, untuk melakukan puasa sunat tersebut?

Sekalipun tak minta izin, atas sebab rasa suami tak kisah, tapi seeloknya kita wajib beritahu niat kita untuk berpuasa tak kira la puasa sunat atau puasa qadha. Mana la tahukan suami ada perancangan atau event tertentu yang dia terlupa nak inform awal-awal.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ وَلَا تَأْذَنَ فِي بَيْتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ

Maksudnya : Drp Saidina Abu Hurairah r.a , beliau berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Tidaklah halal bagi seseorang isteri itu berpuasa walhal suaminya ada di rumah melainkan dengan izin suaminya dan tidaklah juga halal bagi seseorang isteri itu membenarkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya …. "

(Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh , al-Imam Ibnu Majah rh ,
 al-Imam at-Tirmidzie rh , al-Imam Ahmad rh dan al-Imam ad-Darimi rh ).




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَصُومُ الْمَرْأَةُ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ يَوْمًا مِنْ غَيْرِ شَهْرِ رَمَضَانَ إِلَّا بِإِذْنِهِ

Maksudnya : Drpd Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Tidaklah boleh seseorang wanita itu berpuasa sehari pun walhal suaminya ada bersama-sama dengannya melainkan dengan izinnya , KECUALILAH puasa di Bulan Ramadhan

(Hadist sahih diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzie rh di dalam kitab As-Soum .)


Dari 2 hadis di atas kita dah boleh faham kan, sebagai seorang isteri amat perlu untuk kita meminta izin sekirannya ingin berpuasa. Kecuali puasa itu puasa wajib seperti puasa Ramadhan , maka sudah tentu kita tidak perlu mendapat keizinan suami untuk berpuasa kerana Suruhan Allah Ta’ala lebih berhak ditaati .

Persoalannya adakah perlu minta izin untuk berpuasa sunat sahaja ? Bagaimana pula dengan puasa qadha (puasa ganti) atau puasa nazar?

Di sini ada khilaf ulamak.
  1. Kebanyakan ulamak berpendapat keizinan suami hanya terbatas kepada puasa sunat, manakala puasa nazar, puasa qadha’ dan puasa Ramadhan tidak perlu izin suami. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim Jld 7 pg 115.
  2. Sebahagian ulamak berpendapat wanita perlu meminta izin utk berpuasa selain puasa ramadhan. Ini bermakna jika puasa itu selain puasa Ramadhan, dia perlu mendapat izin suami. Sayyid Sabiq berpendapat demikian.
  3. Isteri tidak perlu mendapat keizinan suaminya utk berpuasa apabila suaminya musafir, atau sakit atau uzur yang mana dia tidak mampu mengadakan hubungan seks. Ini adalah pandangan majoriti ulamak berdasarkan hadis dalil di atas. Ini juga pandangan Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah)

Secara umumnya, jika puasa yang ingin dilakukan itu ialah puasa QADHO’ ( puasa ganti misalnya disebabkan“ datang bulan “  ketika bulan Ramadhan lepas )  :
  1. Katakanlah waktu untuk Qadho’ yang dipilih oleh wanita itu adalah bulan Zulqa’edah ( bulan ke-11 drp kalendar Islam ) , maka dia boleh menunda pada bulan berikutnya untuk menqadho’ puasa wajibnya itu .

    Ini disebabkan walaupun puasa itu wajib diqadho’ akan tetapi kewajipan itu bersifat luas ( wajib muwassaa’ ) kerana masih ada banyak lagi hari untuk dilakukan qadho’ puasa itu .

    Kalau dia hendak juga qadho’ puasa Ramadhannya di bulan Zulqa’edah itu , maka dia perlu dapatkan izin suaminya terlebih dahulu . Paling tidak pun inform sehari sebelum atau malam sebelumnya, cakap lebih kurang " bang, esok saya nak puasa"


  2. Namun , jika waktu yang hendak diqadho’ puasa itu sudah semakin sikit bakinya sehingga sudah hampir dengan Ramadhan berikutnya ( di tahun baru hijrah mendatang ) , maka diwaktu ini si isteri wajib menggantikan puasa itu walaupun tanpa izin si suami .

    Contohnya : Si isteri tertinggal 10 hari puasa di bulan Ramadhan kerana “ lampu merah “ . Dan selepas itu dia tidak pun menggantikan puasa itu melainkan apabila tiba bulan Sya’aban ( bulan sebelum Ramadhan ) .

    Maka dalam kes ini , si wanita itu wajib memulakan qadho’ puasanya walaupun tanpa izin daripada suaminya . Ini disebabkan dia tidak lagi mempunyai keluasan waktu untuk dia melengah-lengahkan lagi kewajipannya menqadho’ puasanya yang tertinggal .

Berbeza sekirannya kita (isteri) ingin melakukan puasa sunat, tidak dapat tidak kita mestilah meminta izin suami terlebih dahulu . Rasional kenapa perlu mendapat keizinan suami sebelum berpuasa sunat :
  • Imam Nawawi menjelaskan: suami berhak mengajak isterinya jima’ bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
  • al Imam al Hafidz dalam kitab al Fath: hak suami ke atas isterinya lebih kuat daripada amalan sunat dan kebajikan yang lain. Kerana itu hak suami wajib dipenuhi, maka kewajipan harus didahulukan daripada hal-hal sunat.

Kalau dinilai di sudut hikmah dan fasafahnya adalah untuk keharmonian rumah tangga itu sendiri. Komunikasi yang baik antara suami isteri itu penting kan?



5 comments:

  1. perkara yang mungkin kadang2 kite terlepas pandang kan.

    ReplyDelete
  2. good info kak. kena minta la izin kecuali la suami pi mana2 kan. mudah je pun kan. amie selalu puasa togeder2 je kak. ganti hari isnin atau khamis. baru aci. nanti terliur tgk dia makan..hehe

    ReplyDelete
  3. walau pun suami saya biasanya tak kisah saya nak berpuasa. tapi saya still beritahu dia kalau nak berpuasa..masa awal2 dulu dia pun pelik..bila saya bagitau kena mintak izin dia pun paham.so tiap kali nak puasa saya just bagitau.sbb dia mmg tak bagi. unless kalau dia ada nak ajak makan together gether ke kan..hehe..

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yg menarik ^__^ setakat yg saya tahu, mmg isteri kena minta izin suami untuk puasa sunat....

    ReplyDelete
  5. bace entry akak terasa nak kawin cepat2 hihi

    ReplyDelete