Kulit popia gulung bersalut nestum


Kuih raya paling mudah . Tapi kalau buat bukan untuk raya pun okey je. Sedap buat kunyah-kunyah sambil tengok tv kan.

Kuih kulit popia gulung bersalut nestum ni bukan setakat mudah bahkan bahan nak membuatnya pun tak banyak sangat. Cuma part yang tak berapa nak rajin masa nak menggulung kulit popia ni je. Tapi okey je kalau tak nak digulung.

Just lipat ikut suka hati kemudian lekatkan hujungnya dengan air atau bancuhan tepung agar lipatan tak terbuka. Cumanya bila dibuat secara lipat namanya pun berubah la juga. Ada yang panggil versi kulit popia yang dilipat ni dengan nama popia salju atau kuih "SUCI DALAM DEBU" .

Haaah glamer tak namanya?

Dah macam tajuk lagu iklim pulak kan. Siapa la yang rajin duk bubuh nama  "SUCI DALAM DEBU" tu ya?

Tak kira la kulit popia versi gulung ke versi lipat "suci dalam debu" ke, cara dan bahannya tak beza mana. Yang membezakan rupa dan cara membentuk kulit popia tu je. Lagi pulak kulit popia yang dibuat camni salutannya tu boleh di pelbagai. Ikut style masing-masing la. Ada yang suka salut dgn campuran gula , nestum, horlick, susu tepung, cornflakes atau gabungan 2 atau tiga dari bahan salutan tersebut.


2 comments:

  1. plan ahad lepas nak buat.....
    sedapnya......

    ReplyDelete
  2. bercinta nak menggulung tu..kalau buat rasanya main lipat je kot.. :P

    ReplyDelete